Siakap Keli

“Aku Teringin Sangat Nak Peluk Dia”, Ayah Tiri Dicari Puluhan Tahun Rupanya Sudah Pergi Selamanya

Sering kali insan yang bergelar ayah itu digambarkan seorang yang garang, tegas dan membuatkan sikap itu menjarakkan hubungan antara anak-anak dengannya.  Boleh dikatakan sifat yang ada pada ibu jauh sekali ada pada ayah.

Namun, sifat yang bertentangan itu menyeimbangkan keharmonian keluarga.  Disebalik sifat keras ayah itu tersimpan seribu satu tanggungjawab serta segunung kasih sayang buat anak-anaknya.  Mungkin ketika masih kecil, kita membencinya, tetapi semakin menginjak dewasa, kita mula memahami ketegasan ayah itulah kasih sayangnya pada kita, anak-anaknya.

Pun begitu, tak semua bertuah memiliki kedua-dua kasih daripada ibu dan ayah.  Ada diantara kita yang hanya dibesarkan dengan kasih ibu tanpa ayah. Sebak bila memikirkan.

Perkongsian daripada Aidiel Eskandar melalui akaun Twitter miliknya menceritakan kisah sebenar ayah tirinya yang hilang daripada jejak sejak berpuluh tahun dulu.  Walaupun statusnya hanya ayah tiri, tapi bagi Aidiel, kasih itu melebihi segala-galanya.

Sumber: Twitter AidielEskandar

Nur Farra