Siakap Keli

Bagaimana Kenal Pasti Bayi Anda Tersedak Susu Dan Apa Rawatan Kecemasan Perlu Anda Lakukan

Sudah acapkali kita mendengar kejadian bayi meninggal dunia akibat tercekik susu dan yang terkini seperti yang dilaporkan beberapa akhabar te,apatn sebelum ini berhubung kematian seorang bayi berusia 4 bulan akibat tercekik susu yang berlaku di Melaka.

Sudah pasti, ia sesuatu perkara yang sanyat menyedihkan buat keluarga yang terpaksa melalui saat-saat kehilangan anak sendiri. Walaupun ia boleh dianggap sebagai kemalangan, adakah kita tidak boleh berbuat apa-apa?

Sebenarnya, ada beberapa perkara yang anda sebagai ibu bapa ataupun pengasuh boleh lakukan untuk mengesan sama ada bayi anda atau dibawah jagaan anda mungkin sedang menagalami masalah tercekik.

Menurut seorang jururawat yang dikenali sebagai Bel Nawhen, masalah bayi tercekik ini tidak sahaja terhad kepada kemalangan tercekik susu sahaja, malah bayi atau kanak-kanak mungkin boleh mengalami masalah tercekik akibat menelan apa-apa objek termasuklah duit syiling, manik dan mainan kanak-kanak yang lain.

Nak tahu apakah yang perlu anda buat untuk mengesan sama ada bayi anda sedang tercekik? Jom baca perkongsiannya di bawah. Semoga bermanfaat.

Tercekik Dan Rawatan Kecemasan.

Baru sahaja cerita seorang bayi meninggal di taska kerana tercekik susu. Keadaan itu disedari agak terlewat oleh petugas disana.

Sebenarnya,tercekik merupakan salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan dikalangan kanak-kanak.

Kematian berlaku disebabkan saluran pernafasan menjadi sempit tersekat separuh atau sepenuhnya dan menyebabkan kekurangan (menghalang) oksigen memasuki paru-paru dan seterusnya ke otak.

Apa-apa jenis objek boleh menjadi sebab kepada tercekik tidak kira duit syiling, manik, tulang ikan/ayam, buah pinang, gigi palsu, mainan kanak-kanak dan lain-lain.

Mereka yang tercekik boleh dilihat melalui tanda :

1. Sesak nafas secara tiba-tiba dan bunyi nafas seolah bersiul (ada kesekatan berlaku).

2. Spontan menggenggam kerongkong.

3. Kawasan bibir kebiruan tanda kekurangan oksigen.

4. Mereka kelihatan cuba bernafas dengan cepat.

5. Pengsan

6. Berhenti bernafas.

7. Tersedak tiba-tiba.

8. Batuk dan cuba batuk lebih kuat.

Jika anak/mangsa tercekik;.

1. Kenalkan diri dan tanya jika perlukan bantuan.

2. Minta mangsa untuk batuk dengan kuat.

3. Kalau tak keluar, cuba tepuk belakang mangsa.

4. Minta bantuan jika keadaan tidak terkawal.

5. Buka mulut anak atau minta mangsa membuka mulut bagi melihat lokasi objek yang menyekat.

6. Jika objek JELAS kelihatan, keluarkan dengan menggunakan jari kelingking, jika tidak, JANGAN jolok jari kedalam tekak (dibimbangi akan menyebabkan objek lebih tersekat dan membawa kemudaratan).

7. Tepuk belakang mangsa (antara tulang belikat) dengan menggunakan tapak tangan dan kepala mangsa menunduk kebawah.

8. JANGAN mendongakkan kepala mangsa.

Jika tercekik tidak dapat diberikan bantuan segera, beberapa komplikasi boleh berlaku antaranya radang di paru-paru, kerosakan otak kerana kekurangan oksigen ke otak dan kematian.

Boleh juga gunakan kaedah Heimlich Maneuver seperti gambar disediakan. Boleh juga search di youtube tentang kaedah Heimlich Maneuver yang betul.

Kanak-kanak, sering ingin mencuba beberapa perkara baru. Bagi mengelakkan kejadian tercekik kerana mereka rajin mengutip dan memasukkan objek kedalam mulut.

Cara-cara mengelak

1. Sediakan makanan dalam saiz kunyahan. Asingkan tulang dan isi bagi ikan dan ayam.

2. Jangan beri anak masa makan dan bermain SERENTAK. Dibimbangi akan menyebabkan mereka menyuap mainan kedalam mulut kerana menyangkakan ia juga boleh dimakan.

3. Pastikan kawasan gapaian anak-anak seperti meja, lantai, mini almari serta kawasan bermain mereka bebas dari objek kecil, berwarna warni seperti manik, duit syiling, guli dll.

4. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan anak-anak yang belum pandai mengunyah dari tercekik seperti kacang, buahan berbiji seperti mata kucing/rambutan dan gula-gula.

5. Beri mainan yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak bukannya objek kecil yang menarik perhatiannya untuk dimasukkan ke mulut.

Nota tambahan :

1. JANGAN beri anak minum susu secara langsung dengan menyendal sebarang objek dibawah botol susu. Saiz puting yang tidak serasi boleh menyebab susu keluar lebih banyak dan bayi tidak dapat menelan sempurna hingga menyebabkan anak tercekik susu.

2. TINGGIKAN kepala bayi sedikit sewaktu menyusukan bayi untuk memberi keselesaan kepada bayi selain memberikan bukaan ruang di dada lebih luas.

3. BELI PUTING mengikut saiz bayi dan pastikan tidak terlalu besar hingga membuatkan susu keluar terlalu cepat.

Notakaki : Tercekik merupakan kes kecemasan. Ia bukan kes biasa-biasa yang mana boleh lewat dirawat.

Sumber : Bel Nawhen

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.