Siakap Keli

Ini Adalah ‘Anak’ Saya – 22 Tahun Membesarkan ‘Bon-Chan’

Sepasang suami isteri sedang berjalan-jalan di bandar Tokyo. Apabila melalui satu kedai, mata mereka terpandang akan seekor anak kura-kura comel, hanya sebesar tapak tangan kanak-kanak.

Gambar : Google

Saat itu, Mitani Hisao dan isterinya tahu mereka tidak boleh meninggalkan kedai itu tanpa membawa dia pulang. Mereka menamakannya ‘Bon-chan’.

Selepas 2o tahun,  Bon-chan yang dulunya hanya bersaiz 5cm, membesar menjadi 75cm dengan berat 70kg. Disebabkan saiz gergasinya itu, bon-chan menjadi tarikan ramai apabila keluar berjalan.

”Kami tidak menyangka dia akan sebesar ini,” kata Mitani.

Mitani akan membawa Bon-chan berjalan-jalan di kawasan sekitar setiap minggu. Dia akan membawa carrot, kobis, dan plastik bag bagi mengutip najis Bon-chan dan air untuk membersihkannya.

”Saya seorang yang penyabar, tapi Bon-chan bukanlah begitu lambat. Saya akan membawanya berjalan 2 atau 3 minggu sekali.

‘Dia sangat sukakanya, dia juga menetapkan jalan yang suka dilaluinya dan kami akan menghabiskan masa berjalan selama  satu jam 3o minit,” kata Mitani.

Jelas Mitani, Bon-chan tahu setiap jalan yang dilalui itu melalui hatinya dan dia mempunyai ingatan yang kuat.

‘Saya yang lebih banyak mengikutnya. Kami akan bercakap dengan jiran-jiran dan agak dikenali oleh semua orang di kawasan itu.

”Kalau ada gadis cantik yang lalu, Bo-chan akan mengikutinya,” seloroh Mitachi.

Namun, mungkin ramai yang menganggap Bon-chan hanyalah haiwan peliharaan biasa, tapi tidak bagi pasangan ini. Mereka menjaga Bon-chan dengan penuh kasih sayang umpama anak sendiri. Mitani gembira menganggap kura-kura itu seperti anaknya.

”Saya tidak mempunyai anak, jadi Bon-chan lah anak saya. Dia satu-satunya dalam keluarga yang mendengar apa yang saya luahkan selama ini, jadi saya amat mempercayainya.

”Saya memanggil namanya dan dia akan berjalan ke arah saya.

”Dia tahu semua rahsia saya, kalau dia boleh bercakap, saya akna berada dalam masalah,” seloroh Mitani.

Haiwan kesayangan itu menjadi daya tarikan pada perniagaan Mitani yang menguruskan urusan pengebumian.

‘Bila orang datang kepada saya, mereka berada dalam keadaan sedih. Tapi apabila melihat saja Bon-chan, senyuman akan terukir di wajah mereka.

”Saya bangga ‘anak’ saya ini memeberi kesan ke atas orang lain”, kata Mitani.

https://www.youtube.com/watch?v=LiMIvKMYzIw

Sumber : barcroft.tv

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.