Siakap Keli

Potret Puteri Diana Dilukis Dengan Darah Pesakit HIV, Ini Alasannya

Pada April 1987, mendiang Puteri Diana bersalaman dengan seorang lelaki yang disahkan positif HIV, sekaligus memberi mesej kepada dunia mengenai stigma yang sering dikaitkan dengan penghidap virus itu.

Bertitik-tolak dari peristiwa itu, seorang pelukis, Conor Collins, menghasilkan potret puteri kesayangan ramai itu dengan menggunakan darah penghidap HIV dan debu berlian.

Hasil karya itu kini menjadi viral dan mendapat perhatian ramai setelah ia dimuat naik ke laman sosial.

Collin memilih untuk menghasilkan potret itu bagi membuang rasa stereotaip masyarakat terhadap HIV.

“Dunia terkejut apabila Diana bersalaman dengan pesakit HIV. Kini, stigma penyakit itu masih menebal.

Menurutnya, stigma itu berlaku kerana ramai yang tidak mempunyai pengetahuan dan fakta sebenar.

“Anda tidak akan dijangkiti HIV dengan sekadar bercumbu. Pencegahan sangat berkesan,” tulis Collins menerusi laman Twitter miliknya.

Dia turut menghantar beberapa siri Tweet berkaitan stigma HIV dan berharap karyanya mampu membuka mata orang ramai.

Setakat ini, posting karya itu menerima 735 tanda suka dan di-retweet 338 pengguna Twitter.

Sumber : India Today

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.