Siakap Keli

Sering Mengalami Pening Kepala? Doktor Ini Kongsi Lapan Cara Mudah Merawatnya

Pening kepala merupakan suatu simptom yang paling kerap dihadapi oleh kebanyakkan orang dimana ketika pening, kepala akan berasa tidak selesa seperti berpusing-pusing atau seakan-akan diawang-awangan.

Pening kepala ini boleh terjadi disebabkan beberapa perkara seperti gangguan telinga dalam, perubahan tekanan darah disebabkan oleh ubatan seperti ubat darah tinggi, ubat diuretic dan ubat kemurungan, loya dan muntah apabila menaiki kenderaan laut, udara atau darat dan pelbagai penyebab yang lain.

Ketika pening, pandangan kita juga akan menjadi berpinar dan boleh membuatkan badan hilang keseimbangan untuk berdiri atau berjalan.

Simptom ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan bertahan selama beberapa minit ataupun berhari-hari.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi artikel dari seorang doktor di laman facebooknya mengenai lapan cara mudah untuk menghilangkan pening kepala.

Meskipun pening kepala ini dianggap sebagai simptom biasa yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, namun sekiranya tempoh mengalami pening ini semakin berpanjangan, anda dinasihatkan untuk segera ke hospital atau klinik berdekatan untuk mendapatkan nasihat doktor.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

BAGAIMANA HILANGKAN PENING KEPALA DENGAN MUDAH?

Saya nak kongsi dengan anda 8 tip mudah untuk hilangkan pening kepala. Jom kita buat!

  •  Cukup tidur

Kita menjadi pening kepala kerana banyak sebab. Salah satu daripadanya ialah apabila tidak mendapat rehat yang cukup. Pastikan mendapat rehat dan tidur yang cukup. Ia akan memastikan anda mendapat cukup tenaga sebaik sahaja bangkit dari tidur.

  • Mandi dan segarkan tubuh.

Perasan atau tidak tubuh kita akan lebih segar sebaik sahaja kita lepas basahkan tubuh dengan air sehingga ke kepala?

Bagi yang beragama Islam, boleh juga mengambil wuduk untuk menenangkan hati. Nak mandi sekali pun boleh supaya kesegaran dapat diraih kembali.

  • Kurangkan minuman berkafein

Ramai yang mengadu kerap pening kepala apabila mengambil minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Kurangkanlah kalau tak dapat berhenti sekali gus. Ya, ini sangat membantu saya sendiri.

  • Makanan dan minuman bercoklat

Minuman dan makanan bercoklat juga boleh membuatkan anda mudah mengalami pening kepala. Elakkan atau kurangkan jika anda adalah penggemar coklat.

  • Hilangkan stres dan tekanan hidup

Tekanan hidup dan stres sering menjadi punca hasil kerja kita tidak secemerlang dan sehebat orang lain in. Ia akan sekadar membuatkan anda tidak fokus kepada apa yang anda kakukan. Carilah penyelesaian setiap tekanan hidup itu.

  •  Bercuti

Kalau berpeluang, ambillah cuti sehari dua. Kalau dapat seminggu lebih baik. Bukan apa, dengan bercuti ini anda akan dapat semula momentum kerja anda sebaik sahaja mula kembali berkerja. Tubuh yang sibuk bekerja tanpa henti akan membuatkan kita tepu dan letih dengan setiap kerja. Berehatlah…

  •  Cukup air di dalam tubuh

Ini pun penting. Air sangat penting dalam menjalankan setiap fisiologi tubuh badan kita. Tubuh yang tidak cukup air akan menyebabkan kita gagal menjalankan fungsi tubuh secara optimum.

  • Diet dan pemakanan teratur

Pastikan juga anda mengambil makanan dan diet yang seimbang. Kalau pun hendak mengamalkan diet, biarlah mengikut cara yang betul. Bermakna anda tidak boleh skip makan. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam mesti diambil. Makan secara kerap adalah lebih baik, namun dalam kuantiti yang sedikit.

Selamat mencuba!

Sumber- Dr Ezairy M.Sallih

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar