Siakap Keli

(Video) Goreng Telur Bawah Matahari Masak Tak Sampai Seminit, Jepun Dilanda Gelombang Panas, 30 Terkorban

Jepun kini berada dibawah gelombang panas setinggi 41.1 darjah Celsius.

Sehingga 21 Julai, seramai 30 orang terkorban akibat kepanasan ekstrim tersebut dan beribu-ribu telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Orang ramai telah dinasihatkan untuk minum air yang banyak dan mencari penghawa dingin bagi mengelakkan diserang stroke panas.

Agensi Kaji Cuaca Jepun menunjukkan kawasan tompok merah yang dikatakan akan mengalami suhu yang sangat tinggi selama 10 hari bermula hari ini.

Bagi anda yang mungkin bakal mengunjungi Jepun atau sedang merancang percutian ke sana, sebaiknya mengelakkan musim panas ini yang biasanya bermula pada awal bulan Jun dan berakhir apda Ogos.

Beberapa hari lalu, satu rakaman tular di media sosial apabila seorang rakyat Jepun berkongsi video menggoreng telur tanpa menggunakan api, hanya diletakkan dibawah cahaya matahari yang panas, telur masak tak sampai satu minit.

Sumber: VOANEWS, Fabricio Tadashi

Nur Farra