Siakap Keli

(Video) “Terbakar Pula Muka Laki Aku,” Lilin Kek Hari Jadi Nyaris Sambar Muka Najib

Semalam di Parlimen, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Rosmah Mansor dan beberapa anggota parlimen BN yang lain menghadiri kejutan sambutan hari lahir bekas Perdana Menteri itu yang ke-65.

Sambutan turut dihadiri Datuk Seri Ahmad Zahid serta turut dilihat pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriati.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila lilin jenis bunga api yang dinyalakan di atas kek hari jadi itu hampir menyambar muka Datuk Seri Najib.  Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pekan itu sempat mengelak daripada terkena percikan tersebut.

Datin Seri Rosmah dalam pada itu sempat menepuk bahu salah seorang pegawai bertugas di sebelahnya sambil berpesan, “terbakar juga muka laki aku,” dengan nada berseloroh.

Najib walau bagaimanapun sempat ketawa dan disusuli dengan suapan sepotong kek daripada Rosmah kepada suaminya.

Rosmah turut berucap semasa sambutan hari jadi tersebut, “saya ucapkan yang terbaik untuk beliau dan juga untuk keluarga kami.

“Saya mahu anda semua tahu bahawa keluarga sangat menyayangi beliau dan kami percaya beliau di pihak yang benar,” katanya.

Sumber: Video KiniTV

Nur Farra