Siakap Keli

Air Terjun Pencakar Langit Jadi Tarikan

Jika anda selalu mengimpikan untuk berkunjung ke air terjun tertinggi di dunia seperti Air Terjun Angel di Venezuela, tetapi ia memerlukan banyak cabaran dan usaha untuk sampai ke atas, mengapa tidak anda melawat Guiyang China?

Air terjun besar setinggi bangunan pencakar langit itu terletak di tengah bandar, mengagumkan setiap mata yang memandang.

Bagaimanapun, air terjun setinggi 108 meter itu hanyalah buatan manusia, sebahagian daripada bangunan Liebian, yang terletak di sebuah plaza.

Air terjun itu diuruskan oleh Guizhou Ludiya Property Management Co yang direka untuk tarikan pelancong.

Seorang jurucakap hartanah, Cheng memberitahu Kan Kan News bahawa sumber air utama dari tangki mengitar semula air, air hujan atau saluran lain.

“Bangunan kami mempunyai empat tingkat bawah tanah untuk penyimpanan air dan sistem saliran,” kata Cheng.

Menurut beliau, bil elektrik untuk operasi air terjun tersebut selama sejam adalahh £89 (RM434).

“Itu sebab kita tidak membiarkan air terjun itu beroperasi setiap hari, hanya untuk perayaan khas di bandar,” katanya.

Pada satu-satu masa, air terjun itu ditetapkan beroperasi selama hanya kira-kira 10 sehingga 20 minit bagi menjimatkan elektrik.

Sumber : Metro UK

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.