Siakap Keli

Lelaki Dikejarkan Ke Wad Kecemasan, Sedar Kemaluannya Hilang Ketika Bangun Tidur

Seorang lelaki warga Thailand yang mabuk baru menyedari bahawa dia telah kehilangan alat sulitnya apabila terjaga di bilik kecemasan hospital.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Suwit berkata, dia baru berpindah dari kampungnya di Trang ke Ratchaburi yang terletak beberapa jam di barat Bangkok, untuk bekerja di sebuah garaj.

Pada sabtu malam selepas waktu kerja, dia berhibur di sebuah pusat karaoke bersama-sama rakan sekerja dan tidak menuju ke tempat lain selepas itu.

Malangnya, apabila tersedar dia sudah berada di hospital dengan kecederaan parah itu.

Doktor di situ juga tidak mampu melakukan apa-apa untuk menyambungnya kerana alat sulitnya itu tidak dijumpai semasa dia dibawa ke hospital, lapor Samui Times.

Suwit juga tidak tahu di mana alat sulitnya berada dan berkata, dia tidak pernah bergaduh dengan sesiapa sejak berpindah ke Ratchaburi.

Selain kehilangan alat sulit, Suwit turut mengalami lebam-lebam di wajah dan darah mengalir keluar daripada telinganya.

Polis Ban Pong, Lt. Teerawat Thongyad berkata, saksi ternampak sebuah tark pikap berwarna hitam meninggalkan Suwit di hospital dan beredar dengan segera.

Tambah Teerawat, rakan Suwit akan dipanggil untuk disoal siasat dan rakaman kamera litar tertutup sedang disemak bagi mengenal pasti pemandu trak terbabit.

Sumber : Samui Times

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.