Siakap Keli

Malaysia Miliki Kadar Penghidap Diabetes Tertinggi Di Asia

KUCHING – Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes yang tertinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia  setelah Arab Saudi, kata pengerusi eksekutif Institut Diabetes Kebangsaan (NADI) Datuk Dr Mustaffa Embong.

Beliau berkata kira-kira 2.5 juta orang dewasa di Malaysia berusia 18 ke atas menghidapi penyakit diabetes dan statistik dalam rekod NADI  menunjukkan hampir separuh daripada rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap diabetes.

“Kebanyakan diabetes Jenis 2 langsung  tidak  meunjukkan  sebarang gejala, sehinggalah anda terkena serangan  jantung, strok, buah pinggang bermasalah , menjadi buta dan terpaksa dilakukan amputasi,” katanya.

Beliau memberitahu  Bernama ketika ditemui  pada Persidangan dan Perbincangan  Agung  Komplikasi Diabetes ke-10 (DCOM 2018) di sini hari ini.

Justeru, kata Dr Mustaffa, diabetes merupakan satu daripada masalah  kesihatan yang kenali sebagai pembunuh  senyap.

“Justru, pada persidangan ini, pelbagai topik berkaitan aspek perubatan dan rawatan baharu untuk mereka yang menghidap diabetes akan dikemukakan bagi menangani masalah itu,” katanya.

Sebanyak 11 pakar  dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Eropah dan Asia akan membentangkan  topik masing-masing pada persidangan dua hari itu yang dihadiri kira-kira 200 peserta terdiri daripada pengamal perubatan.

Sumber-BERNAMA

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di