Siakap Keli

Obses Nak Kurus Sebab Nak Cantik Tapi Kesihatan Terabai, Kurus Tak Semestinya Sihat

Setiap orang khususnya wanita inginkan tubuh badan yang cantik dan menawan. Bagi sesetengah mereka, kalau nak cantik tubuh badan mereka haruslah kurus hingga menampakkan tubuh badan yang langsing. Bagi kaum lelaki pula, tubuh badan yang menarik adalah apabila mereka memiliki tubuh badan yang ideal dan sasa atau sekarang popular dipanggil ‘sado’.

Para saintis mendapati bahawa genetik memainkan peranan dalam tubuh badan seseorang. Analisis genetik mendapati orang yang mempunyai sejarah ahli  keluarga yang menghidap diabetis dan penyakit jantung akan berisiko menghidap penyakit yang sama walaupun mempunyai bentuk badan yang kurus(Rujukan 1).

Setiap orang menyimpan lemak mereka berbeza-beza. Semuanya dikategorikan berdasarkan genetik dan jantina dimana penyelidikan menunjukkan terdapat genetik yang menyebabkan tubuh badan manusia tidak mampu menyimpan lemak di bawah kulit dan tersimpan di tempat lain yang menyebabkan ianya mengganggu fungsi normal badan seseorang.

Gambar : HealthHub

Ada satu kes dimana seseorang yang kurus berisiko terkena penyakit diabetis kerana lemak badan kurang kelihatan di bawah kulit, tetapi tersimpan di dalam badan, di sekitar organ dan dalam otot. Dalam kajian ini, mereka yang mempunyai badan tanpa lemak, tetapi dikesan mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi dan insulin pemprosesan masalah yang merupakan penunjuk awal diabetes(Rujukan 1).

Ramai yang tidak tahu bahawa orang yang kurus tak akan berisiko menghidap diabetis. Walaupun risiko yang lebih tinggi untuk orang yang mempunyai tubuh badan yang agak gempal, namun secara kategori, orang yang mempunyai tubuh badan yang kurus juga tidak boleh menganggap mereka bebas dari masalah kesihatan(Rujukan 1).

Kajian mendapati bahawa terlalu kurus datang dengan risiko yang serius, dan kurus sebenarnya lebih berbahaya kepada kesihatan seseorang daripada membawa berat badan yang berlebihan.

Penyelidik di Toronto, Kanada mendapati bahawa orang yang kurus mempunyai hampir dua kali ganda risiko kematian berbanding orang yang mengalami masalah berat badan(Rujukan 2).

Selepas kajian semula lebih daripada 50 kajian terdahulu dan telah mengikuti pesakit selama 5 atau lebih tahun dengan memberi tumpuan kepada hubungan antara indeks jisim badan (BMI) dan kematian yang berpunca masalah kesihatan berkaitan kes ini. Kajian-kajian itu turut merangkumi kematian di kalangan bayi yang baru lahir dan bayi yang masih melahirkan(Rujukan 2).

Kandungan Lemak Dalam Badan Si Kurus

Walaupun luarannya kelihatan kurus, namun si kurus ini mempunyai lebih banyak lemak dalam tubuh mereka. Kajian melaporkan bahawa lemak ‘visceral’ (gemuk layering dalam organ kita) dan lemak di bawah kulit adalah lebih tinggi dalam badan orang yang kurus berbanding dengan orang yang berbadan gempal(Rujukan 3).

Jadi, walaupun mereka mengambil makanan tambahan, harus diingatkan bahawa ia hanya akan mengumpul lemak dalam badan mereka. Ia mungkin tidak kelihatan begitu berbahaya sekarang, tetapi mungkin akan berlaku pada masa akan datang.

Mudah Lesu

Si kurus cenderung untuk mempunyai masalah keletihan lebih daripada orang lain mungkin kerana tubuh badan itu sendiri. Hal ini juga berlaku disebabkan oleh tabiat pemakanan yang buruk dan memberi kesan kepada kesihatan mereka. Mereka berfikir bahawa orang kurus boleh makan apa saja yang mereka inginkan, namun mereka silap(Rujukan 3).

Setiap makanan terutamanyaa makanan segera yang tidak berkhasiat akan membuatkan badan mereka lemah dan lesu selain terkumpulnya lemak-lemak yang akan memberi risiko mereka menghidap tahap kolestrol yang tinggi.

Gambar : Produkgless.com

Sistem Imunisasi Rendah

Masalah yang sering kali timbul bagi orang yang mempunyai tubuh badan yang kurus ialah apabila mereka kerap sakit dan demam. Hal ini terjadi disebabkan oleh sistem imunisasi yang lemah dalam badan dan juga cara mereka menjalani kehidupan seharian(Rujukan 3).

Gambar : Heart Mind & Seoul

Risiko Lain

Terdapat risiko kesihatan yang lain yang berkaitan dengan kekurangan berat badan atau mempunyai pemakanan yang buruk.

Risiko-risiko ini termasuk:

  • kekurangan zat makanan, kekurangan vitamin, atau anemia
  • osteoporosis dari vitamin D dan kalsium yang terlalu kecil
  • peningkatan risiko komplikasi daripada pembedahan
  • Isu kesuburan yang disebabkan oleh kitaran haid tidak teratur
  • isu pertumbuhan dan pembangunan, terutamanya pada kanak-kanak dan remaja(Rujukan 4).

Ubah Cara Hidup

Ada beberapa perkara yang perlu Si kurus ubah untuk mereka menjadi si kurus yang sihat baik dari segi pemakanan, gaya hidup dan lain-lain lagi. Menjadi sihat sepatutnya menjadi matlamat utama dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah rupa yang cantik semata.

Perkara paling utama adalah mindset, mereka tidak lagi boleh terikut dengan rutin yang sebelum ini mereka biasa lakukan. Apa yang perlu diubah adalah elakkan dari memikirkan diet kepada gaya pemakanan dan gaya hidup serta teruskan untuk jangka masa panjang.

Jangan hanya nak kurus sebab nak cantik, jadikan kesihatan itu fokus utama dalam perancangan kehidupan.

Seterusnya, walaupun sudah bertubuh kurus, namun tetap cuba untuk kurangkan makanan ringan seperti kerepek, biskut, jajan-jajan dan sebagainya.

Gambar : Phys.org

Ini adalah kerana makanan ringan ini tidak mengandungi sebarang khasiat yang lengkap untuk tubuh badan anda dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan disamping pelbagai jenis pengawet dan perasa tiruan yang merbahaya untuk kesihatan.

Bila berjaya mengelak dan mengurangkan pengambilan makanan ringan, sudah tentu perkara lain yang perlu di ubah adalah dari segi pengambilan protein sihat iaitu ‘protein putih’ seperti ikan, tauhu, tempe , telur, udang atau sotong. Kurangkan juga sumber ‘protein merah’ seperti daging yang kaya dengan lemak tepu. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita seperti dari sumber kekacang.

Gambar : sites.google.com

Disamping itu buah-buahan juga amat kaya dengan serat atau fiber walaupun rasanya manis, ia mempunyai indeks glisemik yang rendah. Jadi amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti jambu batu, mangga, limau, oren, epal, betik, belimbing dan sebagainya.

Buah-buahan yang berglisemik indeks tinggi perlu dimakan sedikit sahaja seperti  buah durian, pisang, anggur, kurma, tembikai dan sebagainya(Rujukan 5).

Gambar : Tentang Celik Alquran

 

Rujukan :

  1. Huffpost
  2. Natural Health Journal
  3. ETimesIndia
  4. Health Line
  5. Mr.TengkuAsmadi

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey