Siakap Keli

Pelik, Lelaki Gantung Seekor Tikus Di Luar Rumah Sebagai ‘Denda’ Selepas Ditangkap Mencuri Makanan

Seorang lelaki di China bertindak di luar batas fikiran manusia apabila menghukum seekor tikus yang dikatakan telah mencuri makanan di rumahnya dengan cara menggantung tikus itu di balkoni sehingga terjatuh dan mati.

Tikus itu dikatakan tangan hadapannya telah terkena pada satu perangkap yang dipasang sebelum dibiarkan tergantung diluar rumah. Tikus itu dilihat cuba melepaskan diri namun tidak berdaya disebabkan perangkap tikus yang mengenai tangannya itu agak kuat.

Mengikut laporan media, lelaki tersebut mendakwa bahawa ianya terlalu kejam untuk terus membunuh makhluk perosak tersebut, justeru dia mengambil keputusan mebiarkan haiwan tersebut berpaut pada satu tali serta dibiarkan berada di tengah panas.

Lelaki tersebut yang berasal daripada wilayah Foshang, wilayah Guangdong turut memberitahu bahawa dia merasa tidak senang apabila melihat haiwan itu berlari-lari di dalam rumahnya sambil membawa makanan.

Video yang dirakamnya itu kemudian dimuat naik ke atas satu platform videoa China, Pear dengan kenyataan menyebut bahawa dia berjaya menangkap haiwan tersebut pada 22 Julai yang lalu.

”Biarkan sahaja tikus tersebut, nanti tikus itu akan mati akibat dijemur di bawah matahari,” kata lelaki itu di dalam video yang dimuat naiknya.

Ketika disoal sama ada kaedah yang digunakannya untuk membunuh haiwan perosak itu sebagai kejam, lelaki itu menjawab ianya tidak mengapa asalkan dia tidak melihat tikus itu mati di depan mata.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.