Siakap Keli

Pergi Marathon Saja-Saja Cuba Nak Buat Ujian HIV, Tapi Tak Sangka Keputusannya Positif

Mungkin ada diantara anda yang masih kurang pasti dari mana datangnya HIV dan bagaimana pesakit dijangkiti virus membunuh ini.  Simptom HIV ini persis seperti demam selesema.  Pesakit akan mengalami pembengkakan kalenjar, lesu dan panas badan. Ada juga sesetengah pesakit yang mungkin mendapat sakit kepala, tekak, sakit badan, muntah atau cirit-birit.

Sepertimana yang ramai tahu, virus ini dijangkiti melalui perkongsian alatan yang terdedah kepada cecair badan seperti berkongsia jarum suntikan yang sama atau telah digunakan(penagih dadah) dan yang paling kerap adalah hubungan seks dengan pasangan yang selalu bertukar pasangan di mana ia disebabkan oleh cecair badan yang bercampur dan virus boleh bertukar, terutama sekali apabila terdapat luka pada tisu-tisu faraj, kecederaan atau jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STD). Budak perempuan adalah lebih terdedah kepada jangkitan HIV kerana selaput membran faraj mereka lebih nipis dan lebih senang untuk dijangkiti dibandingkan dengan wanita-wanita dewasa.

Contoh cecair badan yang boleh menyebabkan HIV berjangkit adalah darah, air mani (dan cecair sebelum ejakulasi), cecair faraj, dan susu ibu.

Tetapi fakta yang perlu diketahui dan diperbetulkan, ramai orang takut untuk dekat dengan pesakit HIV, tetapi tahukah anda yang HIV tidak boleh dijangkiti melalui sentuhan seperti pelukan, berjabat tangan, hubungan yang biasa setiap hari, menggunakan kolam renang sama, tempat duduk tandas, berkongsi kain alas katil, berkongsi peralatan makanan, makanan, nyamuk, batuk, bersin atau gigitan serangga dan lain-lain lagi.

Bila HIV jadi AIDS

Biasanya pesakit HIV akan diserang AIDS apabila sistem imun telah dilemahkan dan tak mampu melawan jangkitan.  Pada saat ini, seseorang itu dikenali mempunyai AIDS.  Daripada segi perubatan, lebih awal seseorang itu dikesan HIV adalah lebih baik, jadi rawatan anti-HIV untuk mengawal simpton dan gejala AIDS di bendung secara cepat.

via GIPHY

Perkongsian yang diambil daripada seorang penghidap HIV ini diharap dapat membuka mata orang ramai untuk lebih berwaspada dan jangan putus semangat jika disahkan menghidapi virus ini.  Namun, sokongan padu daripada orang sekeliling, buatkan mereka yang dijangkiti lebih kuat untuk tempuh kehidupan lebih positif.

Sumber: Twitter

Nur Farra