Siakap Keli

“Potong Je Elaun Bulanan Dan Siarkan Nama Mereka,” Rais Yatim Ulas Isu Ahli Tak Cukup Korum

Ekoran isu kekosongan beberapa kerusi semasa Persidangan Dewan Rakyat isnin lalu yang tertangguh selama 6 minit menyebabkan beberapa orang ahli mempersoalkan kredibiliti masing-masing yang dilihat tidak menghormati persidangan.

Dalam pada itu, dalam satu kenyataan media, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir turut melahirkan rasa kesal dan tidak puas hti dengan presetasi kehadiran para menteri serta timbalan menteri di Dewan Rakyat.  Menurut kenyatannya, wakil rakyat atau ahli yang gagal hadir ke Parlimen perlu kemukakan alasan kukuh.

Perkara itu mendapat perhatian ramai pihak, antara yang bersuara adalah bekas penasihat sosiobudaya kerajaan, Tan Sri Rais Yatim yang mencadangkan ahli Parlimen yang tak suka atau malas hadir ke Dewan Rakyat, siarkan nama mereka di akhbar dan media sosial serta elaun bulanan dipotong.

Status yang dimuat naik melalui akaun rasmi Twitter miliknya mendapat respon yang rata-rata setuju dengan usul tersebut.

Nur Farra