Akibat mencurigai suami, seorang isteri mengambil keputusan memotong kemaluan suaminya ketika sedang menggosok gigi pada pagi Sabtu lalu.
Lelaki yang dikenali sebagai Li langsung tidak sedar akan kehadiran isterinya yang datang daripada belakang secara tiba-tiba lantas menggunting kemaluannya.
Kejadian di bilik mandi pasangan berkenaan yang pada ketika itu, mangsa sedang menggosok gigi tanpa seurat benang.
Dalam keadaan sakit, Li cuba menghentikan pendarahan dan terus ke hospital bagi mendapatkan rawatan lajut.
Menurut laporan tempatan, doktor telah berjaya menyambung semula kemaluan mangsa namun dia tidak akan dapat menikmati hubungan seks seperti sebelum ini kerana menurut doktor, Li mengalami gangguan saluran darah yang memberikan kesan serius pada tubuhnya.
Li memberitahu bahawa sikap isterinya menyebabkan setiap perbuatannya di kawal sehingga dilarang bercakap di telefon atau senyum kepada perempuan lain di tempat kerja.
Sumber: Nextshark