Siakap Keli

(Video) Tak Berniat Nak Jual, Nelayan Jumpa Ikan Sebesar Manusia Untuk Dijadikan Makan Malam

Ini adalah satu fenomena luar biasa apabila seorang nelayan menemui ikan seberat 29 kg dan sebesar badan manusia mendarat di tepi laut Atimonan, Philippines.

Angler Jospeh, nelayan yang menemukan ikan tersebut dilihat mengangkut hidup-hidup spesis besar berwarna seakan merah jambu.

Dalam rakaman tersebut, Angler memberitahu tidak akan menjualnya tetapi akan dijadikan sebagai hidangan buat seisi keluarga.

Ikan bulan itu dikenali sebagai Opah antara ikan berwarna yang terbesar yang biasa dijumpai di lautan tropika.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra