Siakap Keli
Kuala Lumpur, 8/4/2012. Tahfiz student looking back during on Programe Swadaya Mahabbah Tahfiz 1 Malaysia at Wilayah Persekutuan Mosque Kuala Lumpur.(reporter Asrul).Pics Shahir Omar

108 Pusat Tahfiz Diberi Latihan Teknikal Dan Vokasional

Dalam memperkasa sistem pendidikan pondok dan tahfiz, kerajaan telah memperkenalkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) TVET@Tahfiz bagi mendedahkan pelajar tahfiz di negara ini dengan kemahiran.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata program tersebut menyasarkan penyertaan 2,900 pelajar tahfiz daripada 108 pusat tahfiz, bermula Julai hingga Oktober ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelas lanjut mengenai program tersebut.

Selain itu, melalui Pelan Induk Pendidikan Sepanjang Hayat (PISH), Maszlee berkata kementerian telah menawarkan Diploma Pengajian Perniagaan kepada pelajar-pelajar tahfiz bermula sesi Jun 2017 berserta Sijil Tahfiz Al-Quran, katanya menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) berkaitan isu pendidikan Islam di negara ini.

Apa yang pasti, pengukuhan elemen pengajian agama diperluaskan melalui aktiviti luar kelas seperti aktiviti kerohanian, Festival Quran di Hatiku dan Program Pratahfiz di peringkat politeknik yang terpilih, katanya.

Menjawab soalan Datuk Seri Ismail Muttalib (BN-Maran) mengenai keperluan pelantikan Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET, beliau berkata perkara itu bagi memecahkan stigma bahawa TVET merupakan bidang dipelopor kaum lelaki sahaja lantas, berupaya meningkatkan minat wanita dalam bidang itu.

Menurut beliau, Nurul Izzah juga berkeupayaan mengetuai kumpulan pakar dalam pelbagai bidang berkaitan TVET dan mempunyai visi yang boleh memacu hala tuju TVET. – Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)