Siakap Keli

8 Movies Wajib Korang Layan Ogos Ini, Dan Menangi Pelbagai Hadiah Menarik Termasuk IPad Mini 4

Ironinya, sesetengah orang termasuk anda jika mempunyai masa terluang di rumah, anda perlu merancang sesuatu untuk dilakukan supaya masa lapang tidak berlalu begitu sahaja, dan ia adalah sesuatu yang melecehkan. Sudah tentu, anda boleh cuba dan berharap anda dapat bergembira, tetapi ramai yang merasakan apa yang dibuat langsung tidak menghiburkan.

Korang pengguna Astro mesti pernah dengar dengan dua saluran berbahasa Inggeris, HBO (Home Box Office) dan Cinemax kan? Dua saluran ini dari dahulu lagi memang terkenal dengan program-program menarik seperti drama-drama bersiri yang berkualiti tinggi dan filem-filem yang mencatatkan kutipan tinggi di seluruh dunia.

HBO (Ch 411 / HD Ch 431) ini kalau korang nak tahu, akan membuat pelbagai tayangan perdana filem-filem pecah panggung daripada studio-studio terkenal Hollywood yang bersiaran setiap Sabtu jam 9 malam. Bukan itu je, HBO juga turut membawa pelbagai drama bersiri asli daripada Amerika Syarikat terus ke kaca televisyen anda. Dan yang paling best, korang kat Malaysia boleh menonton siri-siri ini, sama waktunya dengan penonton di Amerika Syarikat. Bertuah sungguh tau, senang cakap korang yang ‘movie lovers’ ini boleh anggap HBO ini macam rumah korang.

Kalau Cinemax (Ch 412) pula, pelbagai program terkini dan program malar hijau akan ditayangkan setiap hari yang pasti dapat membuatkan penonton, seperti korang, melekat pada kerusi dan tidak berganjak.

Tak cukup dengan itu, Cinemax turut mempunyai rancangan-rancangan terbitan sendiri yang menarik dan mengujakan, yang sememangnya takkan buat korang rasa menyesal menghabiskan masa menonton pelbagai program ini.

Tapi, tak cukup kalau korang sekadar tahu je, kalau tak melanggan dua saluran ini, rugi. Sebab apa rugi? Ni kitorang nak bagitau, Astro ketika ini sedang menjalankan satu contest yang menawarkan pelbagai hadiah menarik yang korang berpeluang untuk menangi, dengan syarat anda perlu menonton beberapa rancangan yang disiarkan di HBO dan Cinemax. Cara nak melanggan saluran ini pun senang je, korang boleh pergi ke Channel 200 untuk membuat langganan ataupun layari laman web www.astro.com.my.

Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda

Tunggu, kami belum lagi bagi tahu hadiah apa yang korang boleh menang. Kami pun terliur sebenarnya dengan senarai-senarai hadiah yang Astro berbesar hati nak beri dekat korang. Ada hadiah utama dan hadiah-hadiah lain sebenarnya yang korang boleh menang. Wow, apa hadiahnya?

Kalau korang sertai contest yang dianjurkan oleh Astro ini, antara hadiah-hadiah menarik pada minggu pertama bermula 30 Julai hingga 5 Ogos adalah HBO Teddy Bear dan MAX Sport Towel untuk empat pemenang. Manakala hadiah utama mingguan yang korang boleh menangi pada minggu pertama adalah Cersei POP Figurine, HBO Teddy Bear dan Max Sports Towel untuk 1 pemenang.

Pada minggu kedua pula, bermula daripada 2 Ogos hingga 12 Ogos, korang mungkin salah seorang daripada 4 pemenang bertuah yang bakal membawa pulang HBO Inflatable Couch dan Cinemax Bag Pack. Hadiah utama mingguan pada minggu ini pula adalah Cersei POP Figurine, HBO Inflatable Couch dan Cinemax Bag Pack untuk 1 pemenang.

Tidak cukup dengan itu, pada minggu ketiga bermula dari 13 Ogos sehingga 19 Ogos, Astro menawarkan hadiah Cersei POP Figurine, HBO USB Flash dan MAX Sports Towel untuk 4 orang penonton bertuah. Selain itu, korang juga berpeluang untuk menangi adalah Cersei POP Figurine, HBO USB Flash Drive serta Max Sport Towel untuk seorang pemenang.

 

Pada minggu terakhir bermula 20 Ogos sehingga 26 Ogos, hadiah-hadiah menarik mingguan yang menanti untuk 4 pemenang adalah HBO Wireless Speakers dan Cinemax Bag Pack serta hadiah-hadiah utama menarik iaitu Cersei POP Figurine, Rhaegal POP Figurine, Viserion POP Figurine, HBO Wireless Speakers, Cinemax Bag Pack serta hadiah utama, sebuah iPad Mini 4.

Belum lagi, korang baru tahu hadiahnya, tapi korang belum tahu lagi program-program menarik yang disiarkan oleh HBO dan Cinemax kan? Apa yang korang kena buat adalah, korang cuma perlu duduk dan tonton sahaja rancangan-rancangan yang dihighlightkan oleh Astro di kedua-dua saluran tersebut untuk tempoh empat minggu bermula daripada 30 Julai hingga 26 Ogos ini.

Pelbagai Filem Dan Drama Mengujakan

Antara program-program yang dihighlightkan untuk minggu pertama untuk saluran HBO, adalah tayangan perdana filem American Assassin pada 4 Ogos, jam 9 malam yang mengangkat kisah sekumpulan agen perisik Agensi Perisikkan Pusat (CIA) Amerika Syarikat yang bekerjasama dengan Agensi Perisikan Turki bagi menghentikan satu organisasi pengganas daripada memulakan perang dunia.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=bGnrnGpi8IE]

Tak cukup dengan itu, HBO juga turut membawakan tayangan perdana sebuah filem dari Pengarah terkemuka dunia, Christopher Nolan iaitu Dunkirk pada minggu kedua yang akan disiarkan pada 11 Ogos, pukul 9 malam.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=F-eMt3SrfFU]

 

Filem ini yang mendapatkan banyak pujian daripada pengkritik filem sememangnya sebuah filem yang wajib korang tonton. Dunkirk, sebuah karya agung yang berlatar belakangkan Perang Dunia ke-2 ini mengangkat kisah bagaimana Tentera Bersekutu dan orang awam bekerjasama memindahkan kesemua tentera mereka yang berjumlah 333,000 orang daripada Perancis, setelah tentera Nazi semakin mara hingga ke Pantai Dunkirk.

Itu baru HBO, kalau Cinemax pula pada minggu ketiga, korang wajib menonton filem dihighlightkan iaitu Bulletproof Monk yang akan disiarkan pada 19 Ogos, pukul 10 malam. Filem yang diterbitkan pada tahun 2003 ini merupakan sebuah filem malar segar yang mengangkat kisah seorang sami dari Tibet yang mencari penjaga baru untuk sebuah skrol dalam jagannya. Skrol tersebut menjadi rebutan kerana mengandungi sumber kuasa yang tidak terhad. Korang wajib tonton filem ini untuk merasai sendiri pengembaraan sami ini bersama-sama penjaga barunya.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=TWzJW-C4Hco]

 

Nak lagi filem? Cinemax pada minggu keempat akan membuat tayangan perdana filem Kidnap pada minggu kempat 31 Ogos, pukul 11 malam. Korang kalau peminat filem bergenre misteri, ada unsur-unsur kejutan, Kidnap adalah filem yang wajib korang tonton. Kidnap mengisahkan mimpi ngeri seorang ibu apabila anaknya yang dibawa ke taman telah diculik. Tiada telefon dan tidak cukup masa, ibu ini terpaksa mengejar dan berhadapan dengan penculik anaknya secara bersendirian.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=R-Ht8VRPRvU]

 

Selain filem, HBO dan Cinemax turut memberi highlight kepada beberapa drama bersiri antaranya adalah Ballers S4 yang membuat tayangan pedana pada minggu ketiga, 13 Ogos, pukul 10 pagi, sama waktu dengan Amerika Syarikat dengan episod baru disiarkan setiap Isnin.

Korang minat Dwayne Johnson aka ‘The Rock’ kan, jadi korang wajib tonton drama ini yang mengisahkan seorang bekas superstar Bola Sepak Amerika yang kini beralih arah ke bidang pengurusan kewangan. Memang best la drama lakonan The Rock, kalau korang terlepas memang rugi besar!

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=54G8CArL28A]

 

Cinemax pula akan membawakan drama The Disappearance S1 akan disiarkan pada minggu kedua, 11 Ogos pada 11 malam. Drama enam bahagian ini mengisahkan misteri kehilangan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dan bagaimana rahsia keluarga kanak-kanak tersebut terdedah di sepanjang penyiasatan dijalankan bagi mencari kanak-kanak tersebut. Korang boleh tonton episod baru setiap Sabtu, okay. Jangan lupa tau.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=LUcpA78zduI]

 

Selain rancangan-rancangan disebut di atas, korang juga boleh tonton beberapa lagi rancangan yang dihighlightkan oleh HBO iaitu, Insecure S3 dengan tayangan perdana bermula pada 13 Ogos pukul 10.30 pagi dengan episod baru setiap setiap Isnin. Insecure sebuah drama komedi yang mengisahkan dua sahabat wanita berkulit hitam menempuhi pelbagai cabaran yang memeritkan setiap hari.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=O8zSwfkxUZU]

 

Dah habis ke? Belum, ada satu lagi filem yang wajib korang tonton iaitu filem Realive di Cinemax  dengan tayangan perdana pada 12 Ogos, pukul 11 malam. Realive adalah sebuah filem yang mengisahkan usaha seorang lelaki mencari penawar untuk merawat penyakit kansernya.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Djlkn-8fTgU]

 

Ayuh, Tonton Dan Sertai Peraduan Sekarang

Korang dah tahu dah kan rancangan yang korang kena tengok kan? So, apa yang korang kena buat jika korang sudah pun melanggan saluran HBO dan Cinemax, korang cuma perlu layari laman web Astro Circle di www.astro.com.my/astrocircle dan jawab 2 soalan mingguan (1 X HBO dan 1 X Cinemax) untuk memenangi pelbagai hadiah mingguan serta hadiah utama, Ipad Mini 4. Sekali lagi kalau korang belum melanggan tapi nak menang hadiah dari Astro, korang cuma kena pergi ke Ch 200 atau layari laman web www.astro.com.my untuk melanggan terlebih dahulu saluran HBO dan Cinemax.

Tunggu apa lagi, bukan selalu korang tengok televisyen dan boleh menang pelbagai hadiah menarik kan, terutamanya hadiah utama Ipad Mini tu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.