Siakap Keli
Gambar hiasan
Gambar hiasan

Alami Sakit Kepala Yang Teruk Rupanya Ada Lebih 100 Telur Cacing Di Dalam Otak

Lebih 100 butir telur cacing pita didapati menjangkiti otak seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di New Delhi.

Kanak-kanak tersebut dikatakan mengalami sakit kepala yang sangat teruk dan serangan epilepsi selama enam bulan sebelum dihantar ke Hospital Fortis.

Laporan media tempatan menyatakan kanak-kanak itu pada awalnya didiagnosis dengan neurocysticercosis sebelum imbasan yang dilakukan doktor mendapati kewujudan lebih dari 100 cyst di dalam otaknya.

Telur cacing pita itu dipercayai menjangkiti otaknya melalui aliran darah dari perut. Kewujudan telur-telur itu menyebabkan otaknya bengkak sehingga dia perlu berterusan mengambil steroid sehingga beratnya mencecah 44 pound.

“Imbasan otak menunjukkan lebih dari 100 titik putih, yang terbentuk disebabkan oleh telur cacing pita.

“Jangkitan seperti itu berlaku apabila kita secara tidak sengaja makan makanan yang dipenuhi cacing pita.

“Apabila telur mencapai otak melalui sistem saraf, ia menyebabkan neurocysticercosis, yang menunjukkan gejala sakit kepala teruk, kejang epilepsi dan kekeliruan,” menurut Pengarah Neurologi Hospital Fortis Dr. Praveen Gupta  yang dipetik dari laporan Times of India.

Ketika di masukkan ke hospital,  kanak-kanak itu hampir tidak sedarkan diri berikutan terlalu sakit.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf jangkitan cacing pita pada sistem saraf pusat sebagai punca utama epilepsi.

“Pencerobohan cacing otak berpunca daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan daging kurang masak yang dijangkiti oleh cacing pita,” jelas Dr. Gupta.

Dalam kes yang jarang berlaku, cacing pita didapati boleh menyebabkan komplikasi serius seperti menyekat usus, atau saluran yang lebih kecil di dalam usus. Ia boleh bergerak lebih jauh dari perut ke bahagian badan lain, termasuk otak.

“Kami sama sekali tidak sangka bahawa anak perempuan kami yang sihat dan ceria boleh mendapat penyakit seperti ini, tetapi saya fikir kami sangat bertuah kerana sempat mendapatkan rawatan yang betul,” ujar bapa kepada  kanak-kanak ini

Sumber- Times Of India

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar