Siakap Keli

Betul Ke Kakak Atau Abang Rasa Terasing Bila Adik Bongsu Lebih Mendapat Perhatian

Bila disebut mengenai anak manja, sudah pasti dalam fikiran kita akan berkata “Mesti dia ni anak bongsu “.

Selain dilabelkan anak paling manja, mereka juga selalu dikenali sebagai seorang yang tidak pandai berdikari, suka mencari perhatian dan sudah pasti yang paling nakal.

Ramai yang menyatakan anak sulung saja yang baik kerana selalu memberi tunjuk ajar kepada adik-beradik yang lebih kecil. Namun, anak bongsu ada juga kebaikannya, malah sains membuktikan mereka mempunyai personaliti yang lebih menarik(Rujukan 1).

Kajian sains yang membuktikan mereka tidak seteruk disangka dan berikut adalah 5 fakta mengenai anak bongsu(Rujukan 1).

  1. Lebih Suka Cabaran – Menurut penyelidik dan penulis Born to Rebel, Frank Sulloway , anak bongsu lebih suka meneroka dan mencari personaliti mereka sendiri yang tidak dimiliki oleh adik-beradik yang lain. Mereka tidak seperti anak sulung yang selalu menjadi ketua kepada adik-beradiknya.Oleh itu, anak bongsu akan lebih banyak mencuba dan tidak takut untuk mengambil risiko serta suka menyerlahkan bakat dan personaliti mereka sendiri. Kata Sulloway, anak bongsu ini lebih bersikap terbuka dan sering mencari pengalaman baru.
    Gambar : treesunlimitednj.com

     

  2. Penghibur Keluarga – Cuba perhatikan anak dan adik bongsu anda. Jika  anda perasan, mereka selalu membuat lawak jenaka dan pandai menggeletek hati kita sekeluarga.Tinjauan kajian YouGov yang dilakukan pada 2015 mendapati anak bongsu lebih kelakar berbanding anak sulung yang kelihatan lebih garang dan tegas.Menurut pakar psikoligi Richard Wisemen, keupayaan anak bongsu membuat lawak dan menghiburkan ahli keluarga adalah disebabkan mereka mahukan perhatian dalam keluarga.
    Gambar : Hey Sigmund

     

  3.  Lebih Tenang dan Bersahaja – Menurut tinjauan YouGov tu juga, kajian mendapati si bongsu lebih tenang dan bersahaja berbanding anak sulung. Para ibu bapa juga turut tenang dalam menjaga dan menguruskan anak kedua dan seterusnya kerana telah berpengalaman membesarkan anak sulung.Ahli psikologi dan pengarang ‘The Birth Order Book’ , Kevin Leman berkata ibu bapa akan bersikap lebih tenang dan lemah lembut apabila melayan anak bongsu. Walaupun si bongsu jarang mengikut peraturan, tetapi mereka masih diberi banyak perhatian.
    Gambar : Parenting Hub

     

  4. Mudah Berkawan, Peramah – Menurut kajian Sulloway, anak sulung selalunya lebih tegas manakala anak bongsu biasanya lebih suka bersosial dan mempunyai personaliti yang lebih menyeronokkan.Hal ini terjadi mungkin kerana anak bongsu perlu bersaing dengan adik-beradiknya, dan belajar sendiri cara untuk mengawal situasi.Oleh sebab sifat mereka yang lebih lawak dan bersahaja yang membuatkan si bongsu lebih mudah didekati kawan-kawan.

    Gambar : Better Homes and Gardens
  5. Lebih Kreatif – Menurut Sulloway lagi, anak bongsu lebih kreatif kerana mereka berfikir untuk mencari minat lain yang berbeza dengan minat kakak atau abang mereka. Hal ini membuatkan si bongsu ini bijak berfikir melebihi pemikiran adik-beradiknya yang lain.Salah satu kelebihan anak bongsu adalah mereka lebih tertarik dengan pekerjaan seni kreatif, seperti reka bentuk, seni bina, penulisan atau lain-lain seni.

    Gambar : Pinterest

Sukarnya Menjadi Anak Bongsu

Namun, kita tidak tahu apa yang sebenarnya anak bongsu fikir dan rasakan. Biasanya, kita hanya melihat anak bongsu sebagai anak manja, tidak pandai berdikari dan hanya bergantung sepenuhnya kepada keluarga dan kakak abang.

Hanya si bongsu yang memahami perasaan si bongsu yang lain. Oleh itu, mari kita sama-sama memahami kesukaran menjadi anak bongsu.

  1. Terpaksa Menurut –  Memang betul anak bongsu akan dapat semua perhatian. Tapi, bagi si bongsu ini, ianya tidak seronok jika ianya melampau dan berlebih-lebihan.Sangat merimaskan apabila semua gerak-geri sentiasa diperhatikan. Malah, anda bukan saja kena dengar cakap ibu bapa, tetapi juga abang dan kakak.

    Gambar : madten.com
  2. Dianggap Bayi Selamanya – Sebagai anak bongsu, mereka akan hilang kuasa untuk membuat keputusan sendiri kerana ibu bapa dan kakak abang mereka akan menentukan apa yang terbaik untuk mereka. Begitulah yang diakui oleh Michael Grose, penulis buku Why First-borns Rule The World And Last-borns Want To Change It.Agak sukar untuk meyakinkan ibu bapa tentang idea atau pun ingin menyatakan hasrat, minat dan pandangan berkenaan sesuatu terutamanya apabila minat si bongsu, berbeza daripada minat kakak atau abang yang sudah terbiasa dilihat oleh ibu bapa. Jarang untuk ibu bapa bersetuju atau menyokong minat yang agak berbeza dari kebiasaan mereka.
    Gambar : themuslimvibe.com

     

  3. Sering Dibandingkan – Si bongsu selalu dibanding-bandingkan dengan kakak atau abang yang lebih berjaya dari mereka. Bukannya senang nak meneruskan legasi atau reputasi abang dan kakak yang cemerlang dalam pelajaran.Menurut laman web Psychologies, sebab itulah anak bongsu lebih cenderung untuk memilih haluan yang jauh berbeza daripada abang dan kakak mereka.Ini kerana sejak di bangku sekolah lagi, mereka sudah mula rasa tertekan untuk mengikut jejak langkah abang dan kakak. Lebih teruk lagi kalau abang dan kakak pernah diajar oleh guru yang sama. Kalau buat silap, mesti ada cikgu yang akan mula membuka cerita betapa handalnya abang dan kakak semasa belajar di sekolah itu dahulu. Perkara ini menjadikan mereka rendah diri dan semakin stress.

    Gambar : huffingtonpost.com
  4. Terasa Terpinggir – Semasa kecil, ibu bapa jarang memberi tugasan kepada anak bongsu atas faktor si bongsu tidak tahu apa-apa atau mereka dimanjakan. Kalau yang sulung ditugaskan menolong ibu di dapur, si bongsu cuma disuruh duduk diam di ruang tamu atau keluar bermain dan jangan mengganggu.Walaupun ini dilihat sebagai kelebihan anak bongsu, tetapi ia tidak sepatutnya berterusan kerana ia hanya akan merugikan si anak. Hal ini juga akan membuatkan anak bongsu terasa tersisih kerana merasakan mereka tidak berguna kerana tidak dapat membantu keluarga dan membuatkan si bongsu ini semakin rendah diri.
    Gambar : www.thestar.com

     

  5. Sentiasa Mengalah – Hampir dalam setiap hal, si bongsu ini harus menunggu giliran dan mendahulukan kakak atau abang. Setiap apa keputusan yang ingin mereka lakukan, mereka terpaksa memikirkan kakak abang dan keluarga dan sentiasa memendam rasa jika berselisih faham agar tidak berlaku pertengkaran yang berpanjangan.Mereka akan beranggapan kakak atau abang mereka harus diberi perhatian lebih kerana kakak abang banyak membantu keluarga berbanding diri sendiri.Dalam sesebuah keluarga sepatutnya mengajarkan kasih sayang, toleransi dan menggalakkan ahli keluarga untuk menjaga perasaan sesama insan. Fahami kehendak ahli keluarga yang lain tanpa mengira umur(Rujukan 2).
Gambar : JW.org

Si Bongsu Kegemaran Ibu Bapa

Kajian mendapati ibu bapa lebih sayangkan dan selalu melebihkan anak bongsu. Menurut Mumsnet menjalankan kaji selidik dimana sebanyak 1,185 orang ibu bapa, manakala Gransnet menjalankan kaji selidik dengan 1,111 responden yang  mempunyai sekurang-kurangnya satu cucu, iaitu datuk dan nenek(Rujukan 3).

Hasil dari kajian telah menemukan bahawa hampir satu perempat daripada pengguna Mumsnet mengaku mempunyai seorang anak yang mereka manjakan, manakala 42 peratus daripada pengguna Gransnet pula mengaku mempunyai seorang cucu kesayangan.

Gambar : Lifehack

Tambahan pula, lebih separuh daripada ibu bapa mendedahkan bahawa mereka memanjakan anak bongsu dan menjadi anak kesayangan mereka. Sebaliknya, hanya 26 peratus daripada ibu bapa berkata bahawa anak kegemaran mereka adalah dalam kalangan anak sulung(Rujukan 3).

Corak Pengasuhan Ibu Bapa

Ahli keluarga merupakan antara insan pertama yyang mempengaruhi keperibadian anak-anak. Jika keluarga memiliki corak penjagaan yang sangat teliti dan memanjakan si kecil, mereka akan terbiasa dan menjadi terlalu manja dengan ibu bapa dan kakak abang sehinggakan dia menjadi terlalu bergantung harap kepada ahli keluarga.

Walaupun hal ini dianggap biasa oleh sesebuah keluarga, namun corak pengasuhan ibu bapa harus diubah sedikit bagi memberi ruang untuk anak-anak khususnya yg bongsu untuk meneroka sendiri seperti kakak dan abang mereka.

Elakkan Dari Selalu Membantu Si Bongsu

Mungkin niat ibu bapa hanya ingin membantu si bongsu agar tidak mengalami kesusahan. Namun, ibu bapa yang sering memberikan bantuan membuatkan si bongsu ini cenderung untuk bergantung kepada mereka dan ini membuatkan mereka menjadi manja.

Cuba untuk memberi ruang untuk mereka berdikari dan menyiapkan urusan mereka. Ibu bapa hanya perlu turut membantu sekiranya mereka betul-betul tidak mampu melakukannya.

Jangan Selalu Mengikut Kemahuannya

Biasanya anak bongsu mendapat kelebihan dimana mereka akan mendapat apa saja yang mereka inginkan. Sedangkan kakak dan abang yang lain harus berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.

Ibu bapa harus menyekat sedikit keinginan si bongsu agar mereka pandai berdikari dan mendapatkan apa yang mereka mahukan dengan usaha sendiri(Rujukan 4).

Gambar : Amazing Science

Konklusinya, menjadi anak sulung, tengah atau bongsu tidak menjadi satu jurang perbezaan kasih sayang antara ibu bapa. Cuma, apabila kita menjadi anak sulung, kita mestilah pandai berdiri di atas kaki sendiri kerana ibu bapa akan memberi tumpuan lebih kepada adik-adik kita yang sedang membesar. Begitu juga jika menjadi anak yang tengah kerana kita harus membantu kakak abang kita dalam menjaga adik-adik yang lain.

Tapi, itu tak bermakna anda dipinggirkan dan tidak disayangi oleh ibu bapa anda. Setiap ibu bapa sayang anak-anak mereka sama rata

Rujukan :

  1. The Asian parent
  2. SirapLimau
  3. Independent
  4. Klik Dokter

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.