Siakap Keli

Mayat Bayi Mulut Disumbat Tisu Ditemui Dalam Tandas Pesawat AirAsia India

NEW DELHI- Mayat seorang bayi ditemui dalam tandas pesawat selepas ibunya dipercayai melahirkannya semasa penerbangan.

Kaki tangan penerbangan AirAsia India menemui mayat bayi berkenaan ketika sedang membuat persiapan untuk mendarat di New Delhi, Rabu lalu.

Sewaktu penerbangan tersebut telah selamat mendarat, kesemua penumpang wanita disoal siasat sebelum ibu kepada bayi tersebut ditangkap.

Menurut laporan tempatan, mayat bayi tersebut ditemui dengan keadaan di mana kertas tandas disumbat di dalam mulutnya.

Jurucakap AirAsia berkata: “Perkara ini telah dilaporkan kepada Ketua Pengarah Penerbangan Awam Kerajaan India, (DGCA).

“Kami akan membantu dalam siasatan dan berkerjasama dengan semua agensi yang berkenaan.” 

AirAsia merupakan syarikat penerbangan asing pertama yang menubuhkan anak syarikat di India.

Sumber- .independent

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar