Siakap Keli

Tiada Lagi Penyedut Minuman Di Mcdonalds Mulai 1 Ogos

Dalam usaha mengurangkan penggunaan plastik di negara ini malah seluruh dunia, restoran makanan segera, McDonalds bakal menghentikan penggunaan penyedut air (straw) mulai 1 Ogos ini.

via GIPHY

Kempen ‘Say No To Straws’ akan dilancarkan Ogos depan untuk beberapa rangkaian yang terlibat.  Ini menjadikan Mcdonalds sebagai syarikat pertama di Malaysia yang menghentikan penggunaan penyedut minuman plastik.

Daripada papan tanda yang dipamerkan, penyedut minuman itu hanya akan disediakan bagi pelanggan yang meminta terus daripada kaunter.

Sebelum ini dikatakan kempen hanya akan dilancarkan di Pulau Pinang, terbaru, papan tanda sudah mula dipamerkan di beberapa cawangan di Lembah Klang dan Selangor seperti Bangsar dan Putrajaya.

Kempen ini selaras dengan usaha dunia bagi mengurangkan impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa ini malah buat masa depan generasi akan datang.

Apa yang membimbangkan tentang penggunaan plastik ini adalah, lebih banyak plastik digunakan, makin berkuranglah bekalan minyak pada masa akan datang.

Plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita. Binatang yang termakan plastik boleh mati apabila tanpa sengaja menyangka ia adalah sebahagian daripada makanan.

Semoga lepas ni ramai-ramai boleh sahut seruan dunia, untuk selamatkan bumi.

Nur Farra