Siakap Keli

(Video) Bayi 2 Wajah, 2 Otak Berkongsi Badan Yang Sama

Gempar di Kepulauan Riau apabila kelahiran seorang bayi berwajah dua mengejutkan penduduk sekitar.

Gilang Andika, nama diberi merupakan cahaya mata pasangan Mustafa dan Erlinasari berasal dari Batam.

Bayi tersebut telah dilahirkan 7 Mei lalu dengan 2 wajah, 2 otak dan berkongsi tengkorak serta badan yang sama.

Akibat keadaan tubuhnya yang tidak normal, bayi ini masih tak dapat menyusu daripada badan ibunya.  Gilang terpaksa menggunakan alat bantuan melalui tiub untuk menyalurkan susu.

Menurut ayah kepada bayi berkenaan, Mustafa menyatakan rasa terkilan para doktor yang menyambut kelahiran anaknya kerana merahsiakan kondisi fizikal Gilang.

Kata Gilang, “mereka rahsiakan perkara ini selama seminggu daripada pengetahuan isteri.”

Menurut ibu kepada bayi istimewa inii, ketika hamil, doktor melakukan ultrasound sebanyak 3 kali tapi tak menemui sebarang masalah.

Keadaan fizikal Gilang ini antara kelahiran yang jarang terjadi daripada setiap 25,000 kelahiran.

Dikatakan keadaan Gilang membuatkannya tidak boleh hidup lama kerana terdapat cecair di bahagian belakang kepala yang banyak.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra