Siakap Keli

(Video)”Kereta Kesayangan Aku Habis Terbakar,” Ferrari RM1.8juta Terbakar Semalam Rupanya Milik Aliff Syukri

Semalam kami ada siarkan di laman Facebook rakaman video yang menunjukkan sebuah kereta mewah, Ferrari model 458 Italia telah terbakar di Kilometer 39.5 lebuhraya Shah Alam (KESAS) yang menyebabkan berlakunya kesesakan.

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dalam satu video di laman Instagramnya mengesahkan kereta mewah yang terbakar berkenaan adalah miliknya.

Beliau dalam video itu meluahkan rasa sedih dengan kehilangan keretanya itu di mana beliau menyatakan kereta berkenaan amat disayanginya.

“Aku insan yang lemah, kuatkanlah semanagtku Ya Allah, apa patut saya buat, kereta kesayangan aku beli RM1.8juta, tak ada salah tak ada apa tiba-tiba meletup terbakar.

Berdasarkan siasatan pihak polis, kebakaran dilaporkan bermula di bahagian ekzos menyebabkan pemandunya(bukan Aliff Syukri) terus memberhentikan kereta di lorong kecemasan, tidak lama selepas itu, berlaku letupan yang menyebabkan api mula marak kira-kira 40 minit selepas dipadam oleh pihak bomba.

Daus Ishak

Jangan terpaku terlalu lama dengan kejayaanmu