Siakap Keli

5 Makanan Jika Dipanaskan Akan Bertukar Jadi Racun

Rasanya ramai yang pernah buat ni.  Selalu kita masak, makanan tak dihabiskan dan apa lagi semua masuk dalam peti ais.  Bila-bila rasa nak makan, keluarkan dan dipanas semula.

Pernah buat kan?  Mungkin ramai yang tak tahu lagi, makanan yang dipanaskan semula boleh bertukar jadi racun jika dipanaskan berulang-ulang kali.

via GIPHY

Biasalah kita takut makanan membazir, lepas dah makan masih tak habis, kita pun simpan lagi sekali dalam peti ais.  Sampai rasa lapar, kita keluarkan dan panaskan balik.

Tahukah korang tindakan seperti ini boleh mengundang risiko kanser? Kajian telah membuktikan bahawa beberapa makanan dibawah tidak bagus dipanaskan berulang.

#1 Ayam

Protein dalam ayam akan berubah komposisidan menyebabkan masalah pencernaan.

#2 Kentang

Kentang yang disimpan terlalu lama menyebabkan kehilangan nilai gizinya.  Juga boleh menyebabkan masalah pencernaan jika dihangatkan berulang kali.

#3 Cendawan

Cendawan seharusnya dimakan segar dan sebolehnya tak perlu dipanaskan.  Komposisi protein dalam cendawan membawa kesan yang sangat bahaya jika disimpan setelah dimasak dan dipanaskan berulang kali.

#4 Telur

Protein dalam telur akan hilang jika dipanaskan untuk kali kedua.  Bahkan telur boleh berubah menjadi racun dan menyebabkan masalah pencernaan serius.

#5 Bayam & Saderi

Kandungan nitrat akan bertukar menjadi nitrit ketika dipanaskan dan berpotensi sebagai punca kanser.

Sumber: CNN Indonesia

Nur Farra