Siakap Keli

Guna Ramuan Dari Dapur Untuk Kulit ‘Flawless’ Dalam Masa 7 Hari

Cahaya matahari yang terlalu terik akan memberi kesan kepada kulit jika terlalu lama dibiarkan terdedah.  Penggunaan krim dan pelembap yang mengandungi bahan kimia hanya akan membuatkan keadaan kulit bertambah teruk.

Malvina Fraser, seorang pakar penjagaan kulit selebriti telah menghasilkan tip dan trik buatan sendiri yang mudah digunakan hanya dengan menggunakan ramuan yang ada dirumah.  Ikuti rutin ini setiap hari dalam masa seminggu; pagi, petang dan malam. Lihat saja hasilnya dalam masa 7 hari itu, kulit anda akan persis selebriti Hollywood, mulus dan berseri.  Dah sedia nak cuba? Jom baca.

via GIPHY

Hari 1

Pagi: Ambil kain bersih yang telah dicelup air suam dan tekap ke muka untuk membuka liang-liang kulit wajah.

Petang: Ambil masa beberapa minit untuk ‘mengurut’ dagu dan sekitarnya.  Picit kawasan dagu secara perlahan untuk beberapa minit bagi meningkatkan aliran darah dan memberikan kesan bersinar pada kulit.

Malam: Ambil separuh buah betik dan kisar.  Kisaran betik kemudian di sapu keseluruh muka yang sudah dicuci dan dibiarkan selama 10 minit.  Tindakan enzyme dalam betik membantuk menghidrat kulit.

via GIPHY

Hari 2

Pagi: Ketika membasuh muka, gunakan berus pencuci muka dan mengurut keseluruhan muka untuk meningkatkan aliran darah.  Lakukan perkara yang semua untuk keseluruhan badan.

Petang: Ketika waktu makan tengah hari atau petang, rehatkan mata selama 15 minit dengan mask.

Malam: Rehatkan badan dengan campuran garam bukit atau jenis Epsom untuk memastikan keseluruhan badan kekal terhidrat.

via GIPHY

Hari 3

Pagi: Pembersih susu Cleopatra merupakan antara ramuan yang sangat sempurna.  Basuh muka dengan campuran separuh susu dan air. Asid laktik dalam susu berfungsi untuk mencerahkan kulit.

Petang: Campur satu sudu madu dan 3 sudu minyak zaitun di dalam satu mangkuk.  Ramuan ini memberi kesan kelembapan pada kulit, sapukan keseluruh muka dan basuh hingga bersih.

Malam: Untuk kesan pencerahan optima, camprkan dua sudu garam dan jus lemon.  Gaul ramuan kemudian sapu keseluruhan muka dengan air suam.

via GIPHY

Hari 4

Pagi: Selepas mandi, sembur air sejuk di bahagian kaki. Ia bagus untuk melawan selulit.  Jika anda lakukan dengan kerap, anda akan lihat hasil yang mengejutkan dalam masa hanya satu minggu.

Petang: Lakukan ‘cubitan jawline’.  Cubit atau picit sekitar jawline hingga ke bahagian garis rambut.  Ulang 4 kali.  Rutin ini bertujuan meningkatkan tahap elastik kulit dan meningkatkan aliran darah.

Malam: Serikan muka anda dengan mask buatan tangan.  Caranya hanyalah dengan mencapur separuh timun dengan satu sudu yogurt.  Biarkan selama 15 minit sebelum di basuh.

via GIPHY

Hari 5

Pagi: Seperti biasa, guna berus untuk menyingkirkan kulit mati diseluruh badan.

Petang: Curi masa rehat anda dengan merehatkan mata selama 15 minit.  Ambil 2 keping timun dan letakkan di atas mata.  Timun mengandungi beta carotene yang bertindak sebagai anti oxidant yang sangat hebat.

Malam: Potong separuh lemon dan tabur gula diatasnya.  Gosok muka anda yang sudah dibersihkan dengan lemon dan gula yang ditabur ke muka.  Rutin ini akan mengecilkan pori dan juga bertindak sebagai penyegar wajah.

via GIPHY

Hari 6

Pagi: Campur 2 sudu madu, 1 sudu perahan lemon dan 1 sudu minyak zaitun serta setengah sudu gula.  Sapukan ramuan yang telah digaul ke atas muka.  Biarkan selama 10 minit sebelum di basuh.  Rutin ini membantu menyingkirkan kulit mati dan mencerahkan kulit.

Petang: Letak 2 uncang teh yang telah digunakan kedalam peti sejuk.  Selepas sejuk, ambil uncang teh dan letak diatas mata selama 5 minit.  Kandungan kafein dalam uncang membantu mengecutkan saluran darah di sekeliling mata serta mengurangkan lingkaran hitam.

Malam: Cuba buang anda dengan vaseline.  Untuk kesan lebih baik, campur kan dengan 3 sudu perahan oren dan setengah cawan madu hangat ke dalam mangkuk.  Sapukan pada wajah dah biarkan 30 minit.

via GIPHY

Hari 7

Pagi: Uncang teh kopi anda diwaktu pagi lebih baik disimpan untuk diletakkan dibawah mata dan biarkan selama 10 minit. Jangan buang ya.

Petang: Lakukan urutan muka dengan hujung jari.  Ulang enam kali untuk merangsang kelenjar limfa.

Malam: Campur satu sudu baking soda didalam pembersih muka anda.  Ambil sekeping kapas dan sapu kan ke atas kulit.  Ia bertindak sebagai bahan untuk mencerahkan kulit yang sempurna.

via GIPHY

Sumber: Food NDTV

Nur Farra