Siakap Keli

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Terhadap Umat Islam Di Masjid Al-Aqsa

Malaysia mengutuk keras-kerasnya serangan pasukan keselamatan rejim Israel terhadap umat Islam yang sedang mengerjakan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa Baitulmuqqadis semalam atas alasan mencari pemuda Palestin yang melontar batu dan mercun ke atas mereka.

Justeru Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri DR Wan Azizah Wan Ismail menyeru masyarakat antarabangsa supaya bersatu menghentikan perbuatan yang biadab terhadap tempat ibadat.

“Apakah menggunakan gas pemedih mata dan bom tangan merupakan tindakan wajar bagi membalas perbuatan melontar batu. ?

“Adakah perbuatan ini wajar di tempat ibadat? Perbuatan begini tidak boleh diterima oleh umat Islam serta masyarakat antarabangsa,” katanya dalam hantaran tweeternya hari ini.

Media melaporkan bahawa polis rejim menembak gas pemedih mata dan melontar bom terhadap umat Islam yang bersolat Jumaat di Masjid in Al-Aqsa semalam, bagi mencari pemuda yang melontar batu dan mercun kepada mereka berhampiran masjid itu

Kira-Kira 50 anggota polis kemudian menyerbu masuk ke dalam masjid, menyerang mereka yang sedang bersolat dan menangkap 20 yang lain.

Seramai 15 rakyat Palestin cedera termasuk tiga pengawal masjid. Polis Israel menyatakan bahawa 24 remaja telah ditahan dan empat enggota polis cedera ketika kejadian itu. – Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)