Siakap Keli

Sanggup Muat Naik Gambar Pura-Pura Mati Di FB Demi Mahu Kutip Derma

Tindakan kurang bijak seorang lelaki warga Thailand bersama isterinya mengundang amarah rakan dan saudara-maranya apabila dia mengumumkan kematian olok-oloknya di laman Facebook.

Kelakuan Tachawit bersama isterinya adalah semata-semata mahu mengutip sumbangan untuk upacara pengebumiannya.

Insiden bermula apabila isterinya memuat naik beberapa gambar ‘mayat’ Tachawit lengkap dengan kapas di hidungnya di laman Facebook.

Gambar-gambar yang dimuat naik lengkap dengan kapsyen: ‘foto terakhir sebelum menyahaktifkan Facebooknya, sayang kamu!’.

Rakan-rakan dan saudara mara Tachawit merasa terkejut berikutan dengan berita itu kerana selama ini mereka mengganggap lelaki itu sihat sahaja.

Ketika disoal di ruangan komen mengenai penyebab kematian suaminya, isteri Tachawit menjelaskan suaminya meninggal dunia akibat kanser dan asma setelah lama menanggung derita.

Demi mengumpul wang sumbangan yang banyak, isterinya mengambil inisiatif menghubungi semua yang mengenali Tachawit dan meminta wang daripada mereka untuk menampung kos pengebumian

Selain rakan-rakan dan saudara-mara, ibu kepada Tachawit juga menjadi mangsa penipuan suami isteri tersebut.

Selain segera menghubungi kuil tempatan bagi mengatur urusan pengebumian, ibunya juga berjaya mengutip sebanyak THB20,000 (RM2,400) dan keesokan harinya menyerahkan wang itu kepada menantunya untuk membayar duit keranda dan mayat anaknya dapat dibawa pulang ke kampung.

“Isterinya menghubungi saya dan beritahu dia telah mati,” kata ibu Tachawit baru-baru ini kepada wartawan tempatan.

“Dia beritahu tak ada duit untuk upacara pengebumian, jadi saya menghantar wang kepadanya pada hari yang sama.

Pada hari pengebumian, mayat Tachawit yang sepatutnya dihantar ke rumah ibunya bagi memudahkan saudara- maranya memberikan penghormatan terakhir bagaimanapun tidak kunjung tiba.

Penipuan pasangan itu terbongkar apabila, salah seorang sepupu Tachawit menghubungi isterinya bagi menanyakan keberadaan mereka berikutan waktu pengebumian semakin dekat.

Dia bagaimanapun terkejut apabila sepupunya yang sudah mati itu menjawab panggilannya, tetapi memutuskan percakapan sebaik sahaja menyedari siapa yang menghubunginya.

Keluarga Tachawit itu terpaksa membatalkan perkhidmatan pengebumian dan dilaporkan rugi THB60,000 (RM7,200).

Ibunya mengaku bahawa dia telah memutuskan hubungan dengan anak lelaki dan isterinya kerana menipu.

Meskipun tidak ada aduan polis dibuat pada masa ini, peguam selebriti Thai Gerdphol Geawgerd memberitahu pemberita bahawa Tachawit dan isterinya berdepan risiko denda sehingga THB160,000 (RM19,400) dan atau sehingga 10 tahun penjara.

Sumber- OddityCentral

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di