Siakap Keli

Shamma Al Mazrui, Wanita Sederhana Pecah Rekod Dunia Jadi Menteri Termuda Diusia 22 Tahun

Shamma Almazrui Suhail Faris Al Mazrui telah memikul tanggungjawab mentadbir negara pada usianya 22 tahun apabila secara rasminya dilantik mengisi portfolio sebagai Menteri Hal Ehwal Belia pada tahun 2016.

Wanita hebat ini malah membuat penampilan terbesar apabila memecah rekod dunia serta diiktiraf Guiness World Record pada tahun ini sebagai menteri termuda dalam dunia.

2 tahun selesai tamat pengajian dari Universiti New York Abu Dhabi dengan ijazah jurusan ekonomi, beliau juga adalah graduan Oxford dari UAE yang pertama ditawarkan biasiswa Rhodes.  Bagi yang tak tahu, Biasiswa Rhodes merupakan tajaan pengajian pascasiswazah antarabangsa paling berprestij di dunia untuk menyambung pelajaran tahap tinggi di Universiti Oxford.

Al Mazrui dilantik oleh Perdana Menteri Mohammed bin Rashid Al Maktoum sebagai Menteri Negara bagi Hal Ehwal Pemuda pada Februari 2016 pada umur 22 tahun, menjadikannya ahli termuda kabinet UAE dan menteri kerajaan termuda di dunia. Dia dilantik selepas Al Maktoum memuat naik satu status di Twitter meminta universiti UAE untuk mencalonkan orang muda untuk peranannya.

“Apa yang saya tidak tahu ialah universiti saya telah menamakan saya,” kata Al Mazrui pada masa itu.

“Pengumuman itu mengubah kehidupan saya dengan sekelip mata. Daripada kehidupan peribadi kepada kehidupan awam, cabaran serta tanggungjawab yang besar.

Penampilan yang sentiasa bersederhana, beliau sering merendah diri, petah dan bijak berkata-kata.

“Kisah di sebalik kejayaan saya biasa-biasa saja, dan saya berharap agar anda semua (golongan muda) mencapai lebih daripada apa yang saya kecapi.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai kisah saya kerana ia kisah biasa sahaja. Tugas asas saya adalah untuk mendengar terlebih dahulu. Saya tidak akan mewakili belia dengan hanya suara dan pandangan saya, saya tidak mahu menjadi (pemimpin) sedemikian,”

Diiktiraf sebagai menteri termuda di dunia, Shamma dengan ini secara rasmi mengeluarkan nama menteri termuda sebelumnya di Guiness Book of World Records iaitu Sebastian Kurz, Menteri Austria, 27 tahun dan Aida Hadzialic, Menteri berusia 26 tahun.

Sumber: Wikipedia, Emirateswoman, Popsugar

Nur Farra