Siakap Keli

“Tangannya Sejuk Macam Masuk Peti Ais Dan Keras,” Rasa Bersalah Selubungi Ibu Bayi Tersedak Susu

Kes kematian bayi tersedak susu semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.  Sedih bila terbaca rata-rata bayi seawal 2 bulan maut akibat gejala ini.

Insiden ini dikatakan terjadi daripada kedudukan dan posisi bayi yang tidak betul ketika menyusu.  Hal ini demikian menyebabkan susu memasuki paru-paru, sekali gus menghalang saluran pernafasan sehingga berlakunya bayi tersedak dan lemas.

Bagi bayi berusia bawah 4 bulan, mereka akan terdedah dengan masalah injap tak matang mahupun jangkita bakteria yang turut mempengaruhi gejala ini.

Terbaru, Siti Emirah, ibu kepada seorang bayi berusia lebih kurang 8 bulan berkongsi cerita duka berdepan dengan detik cemas, kehilangan anaknya pada Khamis lalu, 25 Julai akibat tersedak susu serta lemas ketika tidur.

Kehilangan anak syurga ini membuatkan Emirah, seorang ibu tabah dan sedang sarat mengandung anak kedua melaluinya dengan hati yang berat.

Video last anak bermain dengan kami berdua mlm rabu 25/7/2018,jam 10 mlm sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pagi khamis 26/7/2018 anggaran 2/3/4 pagi.Dapat taw anak da xbernyawa pada jam 11 pgi khamis ketika nk kejut bg minum susu dan pegang tangannye nk kejut sejuk mcm masuk peti ais dan keras.Anak tidur meniarap mukanya ke bantal.Allah terbayang dlm pkiran lg Astrafirullah al azim..Allah.

Arwah anak kemudian dibawa ke Ambulan Oleh medical Hospital Ampang jam 2 ptg n membuat report polis uk,ampang pada jam 4ptg report kematian Arwah anak.pihak hospital menahan Arwah anak Di unit forensit tuk buat bedah siasat diatas kematian pada jam 8 mlm baru dpt taw result dan keluarkan Arwah anak tuk bawa pulang kerumah.kematiannya disebabkan Bengkak Peti suara dan Tersedak susu lemas ketika tidur.

Malam tu kami ramai2 tidur di sekeliling arwah Aiden,sy n suami tidur disebelahnya tuk buat kali terakhir temannya dan sy menjaganya spjg mlm tu.

Pagi tu dalam jam 8pg,hari jumaat 27/7/2018 bawa Arwah anak sembahyang jenazah dan dimandikan dimasjid baru ukay perdana,Ampang.kali terakhir la dukung anak bawa ke masjid.Dan last sy dan suami memandikan jenazah anak kami.pada jam 1ptg mcm tu bawa arwah anak kt kubur kemesah,blkg zoo negara. sy n suami melihat adik sy laki memasukkan jenazah arwah ke dalam kubur.

maafkan hambamu ni ya Allah kerana tidak menjaga amanah Allah sebaiknye dan pastikan dia selamat.Allah sy menyesal yg teramat sgt jika boleh diundur masa balik nk je sy jge betul2 dan pastikan semuanye selamat,berikan sy peluang kedua lg.xp Allah lebih menyanyanginya.Taip ni smbil menanggis Allah sedih…

Aiden Asyhraf bin khairil Azhar kamu seorng yg comel,handfome,periang dan disukai ramai org,kamu anak yg sgt baik,xkuat meragam dan suka berpeluk,kamu buat org sekeliling happy tgok kamu,Kamu kadang2 melawak xkire tmpt,kadang2 buat suara,kdg2 buat rupa yg kelakar.hermm Aiden Asyhraf.

Sumber: Facebook Miera Azhar Aiden

Nur Farra