Siakap Keli

(Video) “Baru Semalam Kita Pergi Tengok Rumah, Hari Ni Kau Ada Perempuan Lain” Isteri Bengang Suami Dah Kaya Lupa Diri

Perlakuan seorang isteri memanjat sebuah bonet kereta di tengah-tengah jalan mendapaat perhatian netizen.

Rakaman video tersebut di ambil oleh beberapa saksi kejadian yang menunjukkan wanita tersebut berada diatas bonet kereta hitam jenis Audi yang dilaporkan ‘menangkap’ suami dan perempuan simpanannya.

Walau bagaimanapun, si suami enggan menghentikan kereta dan terus memandu di sepanjang jalan yang sibuk membuatkan orang ramai khuatir akan keselamatan wanita terbabit.

Wanita tersebut dilihat berteriak dengan kuat, “buka pintu! keluar kau perempuan!”

“Tangkap perempuan tu, tangkap dia”

Bagaimana pun, suaminya itu mengabaikan teriakan isterinya dan terus berjalan menuju ke sebuah pusat membeli-belah di daerah terbabit.

Tidak lama selepas itu, kereta tersebut dilihat berhenti di simpang jalan, pasangan itu dilihat bertengkar sambil wanita terbabit menendang dan memukul suaminya.

“Kau cakap semalam kau nak beli rumah dengan aku”

“Semalam baru pergi tengok rumah sama-sama, hari ini kau dah ada perempuan lain!”

Salah seorang saksi yang merakam kejadian tersebut meluru ke arah tempat penumpang sambil menjerit,  “kau tak malu ke?”

Susulan kejadian ini, netizen mula menyiasat latar belakang wanita terbabit daripada akaun WeChat, nombor telefon serta laman akaun media sosialnya.

Ketiga-tiga mereka dibawa ke balai polis bagi siasatan lanjut.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di