Siakap Keli
BERNAMA

Himpunan Kebangkitan Ummah Contoh Baik Perhimpunan Aman – Polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap Himpunan Kebangkitan Ummah (HKU) yang diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di Kuala Lumpur semalam patut dijadikan contoh baik kepada penganjuran perhimpunan aman oleh pihak badan bukan kerajaan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata PDRM dapat menjalankan tugas dengan baik selain penganjur dan peserta memberi kerjasama yang baik kepada polis.

“Himpunan semalam berjalan dengan lancar, orang ramai yang hadir juga memberi kerjasama yang baik kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kehadiran kami jangka dalam 3,500 hingga 4,000 orang awam terlibat dan semuanya berjalan mengikut peraturan.

“Kami (PDRM) berharap perhimpunan yang berjalan seperti ini dapat dijadikan contoh yang baik bagi memudahkan tugas-tugas PDRM. Kami juga berharap peserta perhimpunan patuh pada peraturan dan tidak mengganggu orang ramai,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Noor Rashid turut memberitahu kepada media bahawa bekas penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim dan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.

Selain itu katanya, PDRM turut dimaklumkan terlebih dahulu oleh pihak penganjur sebelum perhimpunan itu dijalankan sekaligus memberi ruang dan peluang kepada polis untuk mengambil langkah yang sesuai bagi memastikan perjalanan trafik berjalan lancar sepanjang program itu dijalankan.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.