Siakap Keli

Lembut Tak Semestinya Akan Jadi Pondan, Perkembangan Anak Sejak Kecil Harus Dipantau Oleh Ibu Bapa

Lumrah manusia dicipta berbeza jantina dan berbeza perwatakan. Lelaki diciptakan dengan perwatakan yang agak kasar dan keras manakala wanita diciptakan dengan perwatakan yang lemah lembut dan sopan santun.

Namun, bagaimana pula jika lelaki yang dilahirkan dengan perwatakan wanita, iaitu lemah lembut? Adakah ianya normal atau dibuat-buat?

Lelaki lembut sering dipandang serong oleh masyarakat sekeliling kerana mentaliti mereka yang sering mengaitkan lelaki lembut akan menjadi pondan atau mak nyah. Sebenarnya, lelaki lembut tidak diminta dilahirkan dengan perwatakan yang begitu. Mereka tidak menyedari perubahan yang berlaku sehinggalah mereka dewasa(Rujukan 1).

Hormon Testosterone

Gambar : BPJS Kesehatan

Menurut kajian, hormon testosterone berfungsi untuk mengalirkan isyarat elektrik dalam bentuk gelombang yang membawa maklumat kelelakian ke seluruh sel dalam tubuh supaya setiap organ menjalankan tugas mengikut keperluan seseorang lelaki.

Testosterone dihasilkan oleh testis. Setiap sel testis mempunyai 46 kromosom dan testis mempunyai gelombang panjang pada bacaan kira-kira 630 nanometer atau menyamai dengan panjang gelombang warna oren atau perang. Frekuensi oren mempunyai daya tarikan caj positif yang tinggi.

Oleh itu, kromosom pada bahagian testis adalah yang paling mudah bersenyawa berbanding dengan sel organ yang lain. Semua sel pada tubuh badan kita akan bersenyawa dengan sel yang mempunyai jumlah kromosom yang tidak stabil.

Kromosom yang tidak stabil datang daripada makanan berkolestrol tepu. Bahasa mudahnya, makanan berkolestrol tepu bermaksud “daging bukan merah”. Makanan laut (kecuali ikan) seperti sotong, udang, ketam dan siput mempunyai kromosom yang paling tidak stabil dan tidak sesuai. Contohnya udang galah mempunyai kromosom yang berbeza antara 30 ke 300 kromosom walaupun jenis udang tersebut sama dari segi fizikal. Selain makanan laut, makanan organ dalaman seperti usus, limpa, hati dan sum-sum tulang juga mempunyai kolestrol tepu(Rujukan 1).

Amalan memakan daging bukan merah terutamanya sotong dan udang dengan banyak adalah penyebab kepada gangguan penghasilan hormon testosterone oleh testis. Jadi, itulah sebabnya masyarakat menggelar lelaki lembut ini sebagai ‘sotong’. 

Kategori Lelaki Lembut

Lelaki lembut dikategorikan kepada dua jenis iaitu :

  • Lelaki yang semulajadi lembut tetapi tetap lelaki sejati (nalurinya cenderung kepada perempuan)
  • Lelaki lembut yang dibuat-buat dan cenderung kepada kaum sejenis (lelaki juga) juga dipanggil transeksual.

Transeksual, secara umumnya di Malaysia merujuk kepada lelaki transeksual. Golongan transeksual wanita lebih sukar dikesan kerana faktor penampilan pakaian mereka yang tiada perbezaan dengan wanita-wanita lain. Menurut satu sumber, pada tahun 1998, bilangan mak nyah di Malaysia adalah berjumlah sekitar 10,000 orang iaitu 70-80% adalah berketurunan Melayu dan selebihnya adalah berketurunan Cina, India serta lain-lain etnik minoriti(Rujukan 2).

Istilah mak nyah mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1987 apabila golongan ini cuba untuk menubuhkan satu persatuan untuk mereka dan istilah ini digunakan untuk merujuk kepada golongan lelaki transeksual(Rujukan 2).

Punca Lelaki Lembut

  • Tiada Bapa Sebagai ‘Role Model’ –  Kemungkinan juga anak lelaki boleh menjadi lembut apabila wujudnya jurang di antara anak lelaki dengan bapa. Bapa yang terlalu garang dengan disiplin ketat atau sifat bapa yang bengis sentiasa memarahi, memukul dan tidak bertanggungjawab juga boleh menyebabkan mereka lebih rapat kepada ibu dan menganggap hanya ibu sahaja yang layak dijadikan role model dalam hidup mereka.
    Gambar : Giftsmate
  • Tiada Adik Beradik Lelaki – Lelaki yang lembut kebanyakannya berasal dari keluarga yang tiada adik beradik lelaki yang lain. Mereka dikelilingi oleh kakak dan adik- adik perempuan yang membuatkan mereka terikut-ikut dengan penampilan dan perwatakan adik beradik. Disebabkan hal ini, mereka sangat memahami dan menyelami naluri kewanitaan hingga terbawa naluri itu ke dalam diri mereka.
    Gambar : RJ Photography
  • Kurang Perhatian Ibu Bapa – Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak sebegini sewajarnya mereka diberikan lebih perhatian. Kesibukan ibu bapa memberikan kebebasan kepada anak-anak secara berlebihan sehinggakan anak mereka melakukan perbuatan yang menyalahi akhlak. Ibu bapa perlu sentiasa mendidik di samping sentiasa mendoakan anak-anak mereka agar tidak tergelincir keperibadiannya. Pendidikan itu bermula sejak dari dalam kandungan hinggalah anak itu dewasa.
    Gambar : hanasuva
  • Pengaruh Rakan Sebaya – Terutamanya ketika meningkat remaja, ibu bapa perlu mengenali rakan anak agar anak mereka tidak dipengaruhi dengan rakan-rakan lelaki yang lembut. Kadang kala kelembutan yang tidak begitu ketara akan bertambah serius apabila anak mula bergaul dengan lelaki yang lembut juga. Tidak salah berkawan dengan rakan lelaki yang lembut lain, tapi ajar anak-anak agar tidak terbawa-bawa dengan perwatakan dan tingkah laku rakan itu(Rujukan 3).
    Gambar : NurulAsyikin

Peranan Ibu Bapa

Dorongan ibu bapa dan keluarga sangat penting dalam memberi semangat dan bimbingan kepada anak-anak seperti ini untuk meneruskan kehidupan dengan sewajarnya.

Kadang-kadang mereka tertekan semasa berada di sekolah atau di luar rumah kerana ejekan rakan-rakan dan masyarakat. Ibu bapa mestilah menjadi orang yang dipercayai oleh anak untuk meluahkan perasaan dan jangan sesekali pinggirkan mereka dan menganggap mereka memalukan keluarga(Rujukan 3).

Sebagai ibu bapa yang prihatin, anak-anak lelaki lembut ini memerlukan bantuan moral dari segi kata-kata semangat dan bimbingan yang boleh memotivasikan diri mereka. Anak lelaki lembut agak sensitif dan mudah tersentuh dengan apa yang ibu bapa lakukan. Elakkan anak lelaki ini dari merubah imej yang lebih drastik sebagai jalan penyelesaian dan tanda memprotes ibu bapa.

Selain itu, ibu bapa juga haruslah bertegas mengenai identiti mereka. Berikan didikan yang sepatutnya dan lebih terperinci supaya mereka tidak terpengaruh dengan unsur-unsur yang negatif. Ibu bapa juga perlu bertegas dengan memberitahu anak lelaki yang lembut ini mengenai pertukaran perwatakan, tingkah laku dan adab berpakaian yang sepatutnya(Rujukan 3).

Gambar : elmundonewspaper.com

Anak lelaki lembut selalunya minat melakukan pekerjaan wanita seperti memasak, mengemas rumah, menjahit dan sebagainya. Oleh itu, didik mereka melakukan pekerjaan yang sepatutnya seorang lelaki lakukan, contohnya seperti memperkenalkan mereka dengan kemahiran seni mempertahankan diri, memotong rumput, mengecat dan sebagainya untuk mengelakkan dari penumpuan sepenuhnya dalam kemahiran ‘feminin’ sahaja.

Jika anak perempuan dilayan dengan lebih manja dan lemah lembut, didikan yang sama jangan dilakukan terhadap anak lelaki. Bapa pula perlu lebih rapat dengan anak lelaki dan ajaklah mereka untuk sama-sama melakukan aktiviti bersama seperti memancing atau apa-apa aktiviti yang mendekatkan anak lelaki dengan naluri dan sifat semulajadi lelaki(Rujukan 3).

Awasi pergaulan anak lelaki lembut anda. Ibu bapa kena mengawasi pergaulan keterlaluan seperti berpelukan atau melakukan aktiviti bersama antara kawan-kawan anak lelaki anda.

Rujukan :

  1. Rawatan Kesihatan
  2. Laman Seri-Lelaki Lembut
  3. Laman Seri Blogspot

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey