Siakap Keli

Penternak Dakwa Kambing Bunting Miliknya Mati Selepas Jadi Mangsa ‘Rogol’ Lapan Lelaki

Seorang penternak di Haryana Mewat, India membuat laporan polis selepas mendakwa kambing yang sedang bunting miliknya mati selepas dirogol oleh lapan lelaki.

Lelaki tersebut turut mendakwa bahawa kejadian jenayah tersebut berlaku pada malam 25 Julai yang lalu dengan laporan dibuat sehari kemudian di Balai Polis Mewat Nagina.

‘Seorang lelaki, Aslu membuat laporan polis pada 26 Julai dengan mendakwa kambing belaannya menjadi mangsa rogol pada malam 25 Julai oleh Savakar, Haroon, Jaffar dan lima lagi pesalah yang identitinya masih belum diketahui. Kesemua suspek masih diburu,” kata Ketua Balai Polis, Rajbir Singh.

‘Mereka melarikan kambing sayang ke sebuah rumah usang pada waktu petang. Salah seorang daripada mereka menghidapi masalah mental.

”Saya telah memberi amaran kepada mereka bahawa saya akan membuat laporan polis sekiranya mereka meneruskan jenayah tersebut, namun mereka membalas dengan mengatakan saya boleh buat apa yang saya mahu, mereka tetap akan teruskan perbuatan terkutuk itu.

”Mereka tidak takut dengan hukuman penjara kerana mendakwa mempunyai orang dalam dalam pasukan polis,” kata Aslu.

Bedah siasat ke atas haiwan itu akan dijalankan dan pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut.

Kejadian tersebut turut menarik perhatian badan hak asasi haiwan, yang turut mengecam dan menuntut siasatan penuh dijalankan oleh pihak berkuasa.

”Mereka yang melakukan jenayah seksual seringkali bermula dengan menjadikan haiwan sebagai mangsa sebelum beralih kepada manusia. Orang ramai patut merasa bimbang dengan kejadian ini,” kata Meet Ashar, aktivis badan bukan kerajaan, PETA.

Sumber : New Indian Express

 

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.