Siakap Keli

Sabah Catat 2,103 Kes Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Sehingga 27 Julai

Sehingga 27 Julai, sebanyak 2,103 kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan berlaku di Sabah, dengan daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 476 kes.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi berkata, jumlah kes kedua tertinggi dicatatkan di daerah Beufort sebanyak 342 kes, diikuti Penampang (216 kes) dan Sandakan (181 kes).

“Oleh itu JKNS mahu ibu bapa atau penjaga kanak-kanak mengamalkan langkah-langkah pencegahan supaya penyakit berkenaan tidak merebak, antaranya ​​​​​​tidak membawa anak yang dijangkiti atau disyaki mengalami gejala HFDM ke tempat awam, sekolah dan pusat asuhan, “ katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Ujar beliau lagi, ibu bapa perlu memastikan lampin pakai buang anak mereka dibuang dengan betul dan tidak membenarkan peralatan makanan dan minuman dikongsi dengan kanak-kanak lain.

Sekiranya ibu bapa mendapati terdapat gejala atau tanda-tanda jangkitan pada kanak-kanak berkenaan, beliau menasihatkan ibu-bapa segera membawanya berjumpa dengan doktor.

Dalam pada itu, Dr Christina berkata JKN Sabah akan terus memantau perkembangan penyakit HFMD di seluruh negeri.

Sehingga kini, katanya 19 pusat pendidikan awal dan sekolah masih ditutup bagi tujuan penyahkuman serta pembersihan premis.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.