Siakap Keli

Jika Anak Dijangkiti HFMD, Tolong Kuarantin Dalam Rumah

Umum sudahpun sedia maklum dengan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang ketika ini sedang melanda beberapa negeri di tanah air tercinta, antara Pulau Pinang dan Sabah. Malah, wabak HFMD ini turut memaksa penutupan beberapa buah sekolah sebelum ini bagi mengelak daripada ia terus merebak dalam skala yang lebih besar.

Malah agensi berkaitan sebelum ini turut memaklumkan kemudahan yang disediakan di pusat membeli belah seperti troli berisiko menjadi agen penyebar penyakit berbahaya ini selain kemudah-kemudahn yang disediakan di taman permainan kanak-kanak. Lebih membimbangkan, HFMD ketika ini lebih banyak menyerang kanak-kanak ketika ini sekaligus memberi isyarat bahawa ibu bapa perlu peka dengan amalan kebersihan anak-anak masing-masing.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Syazwanie Idris telah berkongsi beberapa panduan ringkas yang boleh dan mudah untuk dilaksanakan oleh ibubapa-ibubapa di luar sana ketika berhadapan dengan gejala HFMD yang ketika ini tidak menunjukkan tanda-tanda akan selesai dalam masa terdekat.

Nak tahu apa tips-tips yang diperolehinya dalan satu taklimat kesihatan? Jom baca perkongsiannya di bawah.

Hari ni pergi taklimat dari pejabat kesihatan daerah mengenai HFNM (Hand, Food and Mouth Disease) virus ni makin menganas sekarang ni kan. Sebagai ibu dan seorang pengasuh taska memang WAJIB ada benda ni.

Selama ni pakai yang brand dettol tu je, jenis picit tersilap picit lebih penuh satu tapak tangan. Huhuhu

HAND SANITIZER brand ni jenis sembur so mudah sangat lah nak guna. sap sap sap jer dah bersih In Sha Allah at least kita cegah sebelum terkena kan? Sis nak share ilmu yang sis dapat hari ni mengenai HFNM macam mana nak elak kan anak-anak kita dari terkena virus ni.

1. Elak kan dari berkungjung ke tempat awam macam shopping mall atau playground (indoor atau outdoor) sebab salah satu agen terbesar kuman ni ada pada TROLI shopping mall tu.

2. SEBELUM guna troli tu pastikan kita dah sembur HAND SENITIZER ni atau TISU basah yang ada ANTIBACTERIAL ni tak kira lah kerusi kedai makan ke apa-apa peralatan yang melibatkan sentuhan pada anak kita.

3. Sebelum menyentuh apa-apa makanan PASTIKAN tangan dicuci dengan sabun amalkan cara cucian tangan dengan betul.

4. Jika anak-anak demam dan ada tanda-tanda merah pada tapak tangan kaki dan ruam merah dalam mulut segera lah bawa anak-anak ke klinik kesihatan /hospital.

Jika anak-anak dah terkena virus ni mintak tolong ibubapa KUARANTIN anak di rumah sahaja!

Jangan dedahkan anak-anak ke tempat awam maklumlah cuti seminggu doc bagi mula lah plan nak bercuti lah bawak anak pergi mall lah, please! Kalau kata kena KUARANTIN buat lah sebaik mungkin! Cegah lah sebelum merebak.

Sumber : Nurul Syazwanie Idris

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.