Siakap Keli

”Kuda Belang Tak Ada, Keldai ‘Berbelang’ Pun Jadilah”, Zoo ‘Kantoi’ Tipu Pengunjung

Sebuah zoo di Mesir bertindak di luar batas apabila sanggup membuat penipuan yang sangat memalukan dalam usaha pihak pengurusan untuk menarik perhatian pengunjung ke sana.

Zoo tersebut di Kaherah di dakwa bertindak mewarnakan jalur hitam pada badan keldai-keldai bagi menyerupai kuda belang, bagaimanapun pihak pengurusan zoo tersebut menafikan tuduhan tersebut dengan memberitahu bahawa haiwan tersebut adalah kuda belang yang sebenar.

Mahmoud Sarhan, 18, memberitahu dia kali pertama mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan kuda belang tersebut apabila berkunjung ke zoo itu ketika pembukaan santuari tersebut di Taman Antarabangsa.

Ujar Mahmoud lagi, beberapa perkara yang aneh dikesan pada kuda belang itu antaranya jalur hitam pada tubuhnya dilihat mencair selain saiz telinga yang sedikit ganjil dan kecil berbanding kuda belang sebenar.

Dia kemudian memuat naik beberapa keping gambar tersebut ke akaun facebook miliknya dan lantas menjadi tular tidak lama kemudian.

‘Sikap bodoh benar-benar bermaharajalela di negara ini. Mereka cuma guna keldai tempatan dan cat kembali untuk menyerupai kuda belang,” katanya yang berdiri di sebelah ‘keldai paslu’ dalam gambar yang dimuat naik ke facebook tersebut.

Bagaimanapun dakwaan tersebut pantas dinafikan oleh Pengarah Taman Antarabangsa yang terus mengatakan bahawa itu adalah kuda belang yang sbenar.

‘Kuda belang itu adalah asli dan bukan keldai yang dicat,” kata Mohammed Sultan kepada stesen televisten tempatan.

Ini bukanlah kejadian pertama sebuah zoo bertindak menggunakan pendekatan penuh penipuan bagi mengaburi mata pengunjungnya.

Pada 2013, sebuah zoo di China menggunakan seekor anjing yang dipakaikan dengan bulu singa yang diletakkan di sebuah zoo. Penipuan tersebut terbongkar apabila ‘singa’ tersebut secara tiba-tiba menyalak, sekaligus mencetuskan kemarahan pengunjung-pengunjung zoo tersebut.

Sumber : CNN

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.