Siakap Keli

“Saya Sanggup Jadi Orang Cacat Asalkan Mak Ayah Tak Perlu Cari Duit Lagi,” Luahan Remaja Hidap kanser Buat Ramai Sebak

Saat kita merasa diuji dengan masalah atau ujian hidup yang hebat, masih ada ramai lagi insan di luar sana yang diduga dengan ujian berat. Salah satunya apabila Allah menguji dengan menarik nikmat kesihatan dalam hidup. berapa ramai yang masih mensyukuri nikmat sihat yang Allah berikan sehingga kini?

Perkongsian oleh Puan Natipah Abu mengenai kisah perjuangan Afiq dalam melawan kanser ini diharap dapat memberi secebis rasa insaf untuk kita agar mensyukuri setiap nikmat yang Allah berikan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, moga Afiq tabah menerima setiap dugaan ini dnegan sabar dan penuh redha.

Tidak tahu macam mana hendak saya kisahkan tentang nasib saya hari ini. Terasa seluruh impian saya sudah hancur bercerai.

Satu demi satu keputusan yang saya buat tentang kaki saya nampaknya hampa belaka. Sebelum ini saya membuat keputusan membuang tulang kaki yang kena kanser dan digantikan dengan besi. Saya sangka selepas diganti dengan besi, saya tak akan sakit lagi. Tapi saya silap.

Kemudian saya membuat keputusan untuk memotong kaki yang dipasang besi itu setelah dua tahun menderita sakit akibat jangkitan kuman. Walaupun dulu masa saya mula disahkan kanser saya cakap pada mama.. kalau kaki saya kena potong, saya akan bunuh diri.

Tapi akhirnya saya sendiri yang memilih untuk potong kaki kerana saya sudah tak sanggup lagi menanggung kesakitan dan tekanan perasaan melihat susah payah mama dan abah mengusung saya ke hospital untuk merawat kaki.

Saya sangka bila saya potong kaki yang ada kuman dan besi yang telah dijangkiti tu tiada lagi dalam kaki saya, saya akan dapat balik kehidupan saya yang telah hilang sejak umur saya 13 tahun.

Gambar : 27 kali dibedah selepas dipasang besi akhirnya Afiq memilih untuk memotong kakinya

Saya sangka… lepas potong kaki saya akan dapat kembali semula ke sekolah saya iaitu SMK Bukit Gambir, Pulau Pinang walaupun terpaksa berkaki palsu nanti. Pada saya tak mengapa saya tak dapat berlari di padang seperti dulu asalkan saya dapat memegang anak panah kerana saya juga minat sukan memanah.

Saya sanggup jadi orang cacat asal mama dan abah saya tak perlu lagi susah payah mencari duit untuk ubatkan kaki saya sebab saya ada tiga lagi adik yang masih kecil.
Sejak saya sakit saya lihat satu demi satu gelang mama hilang dari lengan mama. Saya tak pernah tanya tapi saya rasa saya tahu ke mana perginya semua tu.

Gambar : Ibu Afiq, Puan Zulwarni, penjual apam balik, abahnya juru jual astro

Saat kawan-kawan mama bersenang dan berehat di rumah dengan anak-anak.. mama terpaksa berdiri di tengah panas dan hujan menjual apam balik. Saya pun sedar tak sepatutnya mama buat itu semua lagi-lagi adik bongsu saya masih menyusu badan. Tapi saya pun tahu kenapa mama kena buat semua itu.

Dua minggu selepas menjalani pembedahan.. kaki saya mula berdenyut-denyut. Nanah, air bisa dan darah mula kelihatan. 25 Julai, saya bertemu dengan doktor. Bila balutan kaki saya dibuka… lagi banyak air bisa, nanah dan darah yang keluar. Doktor mengambil sampel isi kaki saya.

Hari ini saya tanya doktor tentang keputusan ujian sampel kaki saya. Doktor memaklumkan kaki saya masih ada kuman yang kuat iaitu MRSA. Kuman yang susah untuk baik dan makan masa yang lama untuk sembuh. Kuman yang sama yang ada di besi kaki saya sebelum ini rupanya ada dalam kaki saya.

Mendengar berita ini… hancur luluh hati saya. Hebatnya Allah uji saya… ibaratnya kini seolah ada bom dalam tubuh saya yang bakal meletup pada bila-bila masa. Buat kali pertama dalam hidup saya rasa sangat kecewa. Kenapa saya ini semua harus terjadi pada saya? Saya dah tak kuat untuk nak hadap semua ini lagi.

Kuman yang sama itu telah membuatkan saya sakit sejak dulu sampailah hari ini. Saya sudah nekad… saya tak akan menjalani apa- apa rawatan lagi. Saya tak sanggup mama dan abah susah sebab saya lagi. Kalau ini takdir saya.. saya redha untuk menanggung segala kesakitan saya.

Kalau dulu saya bersedia kaki saya dipotong.. hari ini saya juga telah bersedia kalau Allah hendak mengambil semula apa yang dipinjamkan kepada tubuh saya selama 17 tahun ini iaitu nyawa saya.

Tiada apa yang hendak kesalkan lagi kerana selama 17 tahun menjadi anak mama dan abah.. saya diberi sepenuh kasih sayang oleh keduanya. Sakit itu penghapus dosa.. saya juga berharap Allah akan ampun semua dosa saya selama ini.

Saya sudah nekad tidak akan meneruskan rawatan lagi. Saya tak ingin jejak lagi ke hospital atau makan apa-apa ubat lagi. Kerana saya cukup sedar.. andainya saya memilih utk meyambung rawatan .. mama dan abah akan menanggung beban kewangan yang bukan sikit…

Kepada semua yg mengenali saya… saya mohon ampunkan segala salah silap saya. Saya mohon halalkan makan minum saya. Doakan lah saya kuat untuk menanggung segalanya ini.

Kepada yang sihat tubuh badan di luar sana… hargailah nikmat kesihatan yang Allah bagi. Bersyukurlah !

PEJUANG HEBAT : MUHAMMAD AFIQ BIN MUHAMMAD SHUKRI (KANSER TULANG)

TALIAN UNTUK DIHUBUNGI : PUAN ZULWARNI (012-5975446)

MAYBANK PN ZULWARNI BT LAILEE 157139794275.
MAYBANK MUHAMMAD SHUKRI BIN HANIFFA 157139794102

Sumber : Natipah Abu

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.