Siakap Keli

Suami Muda Curang Dengan Nenek Usia 72 Tahun

Seorang wanita berjaya mengesan hubungan sulit suaminya yang berusia 26 tahun bersama seorang nenek berusia 72 tahun selepas dia mengupah agensi perisikan rahsia.

Isteri lelaki tersebut, 24 tahun dari Birmingham yang tidak mahu dikenali, berada dalam keadaan yang terkejut apabila mengetahui suaminya itu tidak setia dan curang dengan wanita yang jauh lebih tua.

Difahamkan, dia pada mulanya menghubungi Firma Penyiasat Carter Harris untuk mengesahkan kecurangan suaminya selepas melihat sikap lelaki itu yang mula berubah dan jarang pulang ke rumah.

Detektif kemudiannya mendapati suami wanita itu telah mendaftar ke beberapa laman web temu janji dan bertujuan untuk bertemu wanita yang lebih tua, lapor Birmingham Live.

”Kami tidak mengambil masa yang lama untuk menangkap suaminya, dan apabila berjaya membuktikan kecurangan bersama wanita yang berusia itu, ia agak mengejutkan”, kata Detektif Daniel Shaw.

Wanita yang menjalinkan hubungan dengan suaminya itu juga dilaporkan telah menyembunyikan diri.

Bagaimanapun, isteri lelaki itu masih belum memfailkan permohonan cerai.

Sumber : Daily Mail

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.