Siakap Keli

Demi Dapatkan Insurans Kereta Yang Lebih Murah, Lelaki Ini Sanggup Tukar Jantinanya

Gara-gara mahu mendapatkan insurans kereta yang yang lebih murah harganya, seorang lelaki dari Alberta, Kanada sanggup menukar jantinanya.

Hal ini adalah kerana wanita di Kanadayang berusia bawah 25 tahun membayar insurans kereta yang lebih murah  kerana mereka lebih jarang terlibat dalam kemalangan berbanding lelaki.

Menurut laporan tempatan, lelaki berusia 23 tahun itu membeli kereta jenis Chevrolet Cruze.

Ketika lelaki itu bertanya kepada syarikat insurans tentang jumlah yang perlu dibayarnya bagi mendapatkan Cruze, mereka memberitahunya ia bernilai AS$4,500 (RM58,888) setahun untuk lelaki manakala  sebanyak AS$1,100 (RM4,467)  untuk wanita.

Lelaki itu kemudiannya meminta pihak pengurusan insurans untuk menukarkan namanya tetapi permintaannya ditolak.

Menyedari terdapat kekurangan dalam sistem berkenaan iaitu polisi insurans hanya akan menerima penukaran jantina apabila ia diubah pada sijil kelahiran dan lesen pemandu, dia mengambil keputusan untuk mendapat surat pengesahan pertukaran jantina daripada seorang doktor sebelum menghantarnya kepada pihak berkuasa.

Tidak lama selepas itu, dia berjaya menerima sijil kelahiran baharu yang menyatakan jantinanya adalah wanita.

“Saya lakukannya untuk dapatkan insurans yang lebih murah. Saya 100 peratus lelaki.

“Secara undang-undang, saya seorang wanita,” ujarnya.

Sumber- CBC

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar