Siakap Keli

Direnjat Elektrik Dan Dipukul Sehingga Berdarah, Dedah Sukarelawan Flotila Ketika Ditahan Israel

Media melaporkan sebelum sebuah bot Pakatan Pembebasan Flotila yang terlibat dalam misi Right To A Just Future For Palestine, Al-Wada (Pulang) pada Ahad mendedahkan bahawa regim Zionis itu telah menggunakan kekerasan ke atas anggota-anggota sukarelawan di atas bot berkenaan.

Antara yang ditahan dan masih belum dibebaskan adalah seorang rakyat Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh mewakili Yayasan MyCare.

 

Kisah kekerasan tersebut didedahkan sendiri kepada media oleh dua orang sukarelawan berbangsa Yahudi yang baru dibebaskan, sekali gus menafikan kenyataan yang diterbitkan oleh jurucakap Israel Defence Force yang mengatakan tiada kekerasan digunakan ketika pihaknya menyerbu kapal tersebut.

”Sukarelawan-sukarelawan yang ada di atas kapal di tembak dengan pistol renjatan elektrik dan dipukul. Passport kami dirampas ketika kami diheret keluar daripada bot itu. Jangan percaya dengan kenyataan yang dibuat oleh Israel,” kata Zohar Chamberlain Regev yang menjadi individu terakhir ditahan dan mengesahkan terdapat tompokan darah di atas bot akibat serbuan itu.

Israel sehingga kini tidak mendedahkan sebarang laporan mengenai keadaan semua sukarelawan yang masih berada dalam tahanan penjara di Givon, regim negara haram Yahudi itu. Al-Wada berlepas daripada perlabuhan di Denmark dengan menggunakan bendera Norway ketika di serbu di atas perairan antarabangsa, membawa seramai 22 orang kru daripada 16 negara dan bekalan ubat-ubatan bernilai RM 61,856 untuk diagihkan kepada penduduk Gaza.

Zohar juga mendakwa tindakan yang dibuat oleh Israel dengan meyerbu dan menahan kru Al-Wada di atas perairan antarabangsa adalah satu tindakan jenayah penculikkan kerana Israel tidak mempunyai kuasa untuk bertindak demikian.

Al-Wada merupakan salah sebuah daripada empat buah bot yang membawa petugas kesihatan, pejuang hak asasi manusia dan wartawan adalah sebuah bot pemberian daripada seorang nelayan berbangsa Norway untuk kemudahan misi tersebut. Misi kali ini adalah bertujuan untuk merempuh sekatan dan pengepungan rejim Zionis ke atas Gaza yang sudah berlarutan selama 12 tahun.

Laman web Freedom Flotila juga mengesahkan bot kedua, dengan nama Freedom sudah pun dalam perjalanan untuk menyusuli Al-Wada dan diikuti bot ketiga dan keempat beberapa hari kemudian.

Selain warganegara Malaysia, kru-kru Al-Wada yang ditahan sehingga kini adalah mereka yang berasal daripada Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Norway, Sepanyol, Amerika Syarikat, Denmark, New Zealand dan United Kingdom.

Kru Al-Wada Dalam Tahanan Israel

Melalui akaun facebook sebuah badan bukan kerajaan, Aqsa Syarif yang berpangkalan di Malaysia memaklumkan seorang peguam yang terlibat dalm kes membebaskan seorang remaja Palestin, Ahed Tamimi akan mewakili Dr Mohd Afandi yang dijangka akan dibebaskan beberapa hari lagi.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negara sebelum ini juga turut mengeluarkan satu kenyataan media mengutuk tindakan keganasan yang diambil oleh Israel terhadap orang awam di atas bot tersebut.

Kenyataan tersebut turut menyebut bahawa Malaysia mendesak Israel memastikan keselamatan sukarelawan-sukarelawan, terutamanya Dr Mohd Afandi yang ditahan dijamin, selain mendesak mereka segera dibebaskan.

Kementerian Luar Negara melalui Kedutaan Malaysia di Kaherah, Mesir akan memantau situasi Dr Mohd Afandi dan sedang bekerjasama erat dengan pihak berkuasa Palestin bagi menguruskan proses pembebasannya.

Sumber : Just Future Palestine, Aqsa Syarif, MyCare, Kementerian Luar Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.