Siakap Keli

(Gambar) Ibu Hebat Tukar Ruang Rumah Jadi Tempat Terapi 2 Orang Anak Autisme

Pendedahan terhadap anak-anak syurga, autisme ini semakin diterima oleh masyarakat.  Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini tak lagi malu dan mula berkongsi pengalaman serta panduan bagi ibu bapa lain tentang kesedaran autisme.

Austisme ini adalah gangguan perkembangan otak kanak-kanak yang menyebabkan mereka mengalami masalah tertentu seperti komunikasi, interaksi sosial, pemikiran dan emosi.

Sehubungan dengan itu, ia memerlukan komitmen setiap pihak terutama ibu bapa.  Latihan awal atau terapi amat penting untuk mereka bagi mengurangkan masalah tingkah laku.

Seperti yang dikongsi ibu hebat ini, Puan Nur Syakirah, berkongsi ruangan terapi di rumah buat kedua anaknya yang mempunyai sindrom autisme.  Keseluruhan rumah diubah suai dengan keringatnya sendiri demi membantu meningkatkan kemahiran anak-anaknya.  Semoga usaha ibu ini berhasil dan supaya perkongsian ini turut memberi manfaat kepada para ibu bapa lain.

“THERAPY ZONE” At home (DIY)

Selesai keje2 renovation & repair.. paip pvc conduit trnyata ade kelemahan.. batang paipnya ok. Tpi penyambung mudah patah. Jdi kne pndai susun atur bgi kukuh dn x goyang. Bgi yg nk cbe buat, klau nk kukuh lagi, better guna paip UPVC (warna kelabu). Untk batang tu bleh guna class 7 yg pling tebal. Anak2 enjoy sngat.. Mcm x caye aku mmpu buat smue ni sndri. 100% hasil keje tangn seorang ibu.. huhuhu..

Pelik? Knape aku jadikan rumah jdi aneh mcm ni? Untk bgi anak main mcm2 prmainan supaya x boring dn aku bleh rilek2? Adakah ape yg aku buat ni hnya mngajar anak bermain shaja dn mmberi kesan buruk untk mse depan anak? No no no… azzam dn anna adalah kanak2 istimewa (autism) dn mereka adalah kanak2 berkeperluan khas. X same mcm kanak2 normal.

Rmai yg msih xtau ape autism tu sbenanye. Ble aku bgitau org anak2 aku ni autism yg org tau dorang ni cme hyper je.. no! Autism bkan hyper atau bdak nakal. Bkan juga kerana x dididik dgn baik, Tpi kecelaruan pada urat otak saraf. Dn kondisi sepanjang hayat. Tiada ubat yg trbukti boleh menyembuhkan autisme. Ubat yg diberikan oleh dkter pakar hnya untuk mengurangkan bberape simpton sperti tdak mmpu fokus, hyperaktif, dan agresif.

Terapi / intervensi awal boleh membantu meningkatkan kemahiran anak, mengurangkan tingkah laku negatif dn mmbantu anak untk hdup brdikari. Ini yg sngat diperlukan oleh azzam dan anna pda usia ni..

So, jadilah rumahku yg aneh. Hahahaha… klau ade org mmpertikaikn knape aku buat umah mcm ni pdahal umah sewa je kot… hemm.. ade msalah ke? Ye.. mmg ade msalh.. dn msalah tu adalah org2 yg cemburu dn sdang mencari kesalahan aku.. psal dinding berlubang gntung buai smue tu xde msalah lah. Nk kepoh buat ape? Beli plaster tampal je lah.. klau aku bleh buat smue ni sndri xkn nk plaster dinding pn x pndai kn.. xde beza nya klau psang kabinet dinding, langsir, gntung frame brbagai2.. sme je tebuk lubang gak.. hahaha..

Aku bukan org snang mmpu nk hntar anak terapi swasta.. sbelum ni biarkan rumah dlam keadaan ksong tnpa brang2 bukan lah jlan trbaik.. aku dh merugikan mse anak2.. alhamdulillah.. kos nk beli bhan smue ni aku x cri susah payah pn.. aku manfaatkn duit elaun PDK azzam untuk terapi die skali ngn anna. Skrang mse untk berubah.. x mau sedih2 x mau kecewa lagi.. keadaan stiap anak autism berbeza.. x same.. ade yg mudah nk urus ade yg susah.. ibu bpa lah yg paling memahami kperluan anak msing2. Ini ape yg mmpu aku usahakan.. yg pnting buat terapi, usaha, berdoa.. smoga aku msih diberi kekuatan dn ketabahan untk membesarkan azzam dan anna..

Sekian sje perkongsian.. sy amik kesempatan ni untuk ucap trime kasih pada kak Nuraihan Hamsiah Abdul Salam dan Xharene Angellav Ongkodari group fb autisme malaysia. kerana bnyak bantu sy.. brkongsi ilmu, dan bgi semangat pada sy.. terima kasih.. 😘

#diyplayground
#singlemom
#autismkids
#therapy_at_home

Sumber: Nur Syakirah Rusili

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di