Siakap Keli

(Gambar) Rakyat Britain Ini Sanggup Terbang 10,000KM Ke Malaysia Hanya Untuk Dapatkan Bar Coklat Cadbury

Seorang penggemar tegar coklat dari Britain sanggup terbang ke Malaysia sejauh 10,000km semata-mata untuk mendapatkan cokelat Cadbury Dream yang sebelum ini ditarik semula pengeluarannya di sana.

Menurut laporan media, seorang penulis blog yang dikenali sebagai AnnieIWillKnow telah memuat naik gambar coklat Cadbury Dream yang ditemuinya di KLIA.

Walaupun dengan harga RM24 per bar, dia mengakui tak dapat menahan godaan bar berkrim yang sedap itu.

Dikatakan Cadbury Dream ini telah menjadi cokelat kegemaran rakyat Britain selama bertahun-tahun sejak 2002.  Namun pasaran disana dihentikan kerana permintaan yang semakin menurun.  Bagaimanapun, ia masih boleh didapati di beberapa negara lain seperti Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Vietnam, Thailand dan Malaysia.

Gambar cokelat yang dimuat naik itu telah tular serta menjadi kegilaan di kalangan rakyat Britain melalui media sosial dan rata-rata teruja dengan ‘kemunculan’ kembali cokelat kegemaran mereka selama ini.

Semenjak gambar itu tersebar, nampaknya akan ramai rakyat Britain akan terbang ke Malaysia untuk mendapatkan cokelat kegemaran mereka ini.  Jangan terkejut, sebab dah ada dah pun yang tempah tiket sehala ke Malaysia.  Hebat betul penangan cokelat Cadbury Dream ni.

via GIPHY

Nur Farra