Siakap Keli

Malaysia Harap Nepal Longgarkan Larangan Hantar Pekerja Warganya Ke Malaysia

Sebuah portal berita tempatan hari ini melaporkan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Sumber Manusia meminta kerajaan Nepal melonggarkan halangan yang melarang rakyat negaranya daripada bekerja di negara ini.

Kerajaan Nepal sebelum ini mengenakan sekatan berkuat-kuasa serta merta pada Sabtu setelah tidak berpuas hati dengan pengetatan syarat kemasukkan selain proses rekrut yang perlu dibuat melalui sebuah syarikat swasta, sekaligus mendakwa wujud monopoli.

Portal berbahasa Inggeris terdahulu melaporkan bahawa kerajaan Nepal tidak faham bagaimana kerajaan Malaysia membenarkan sebuah syarikat swasta memonopoli proses pengambilan pekerja termasuklah perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan keselamatan.

Difahamkan sehingga kini, terdapat kira-kira 500 ribu orang pekerja asing berbangsa Nepal berada di Malaysia yang terlibat dalam pelbagai sektor. 150 ribu daripadanya yang berbangsa Gurkha dibawa masuk untuk berkhidmat sebagai pengawal keselamatan, satu-satu bangsa warga asing yang menjadi pilihan untuk mengisi perkerjaan tersebut.

Tenaga kerja asing daripada Nepal, kedua terbesar selepas Indonesia, mendapat permintaan tinggi oleh syarikat-syarikat di Malaysia kerana mempunyai etika kerja yang baik selain berdisiplin.

Menurut portal berbahasa Melayu pula melaporkan Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata pihaknya akan mencari jalan lain bagi membolehkan tenaga kerja daripada Nepal di bawa masuk.

Portal yang sama turut melaporkan bahawa larangan yang dibuat oleh Nepal itu boleh menyebabkan Malaysia mengalami kekurangan tenaga kerja yang teruk sekali gus menjejaskan sektor ekonomi tempatan.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.