Siakap Keli

Manusia Tertua Di Jepun Meninggal Dunia Pada Usia 117 Tahun

TOKYO: Wanita yang dinobatkan sebagai manusia tertua dunia telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 117 tahun.

Chiyo Miyako meninggal dunia pada Ahad di kediamannya yang terletak di Kanagawa, selatan Tokyo.

Miyako yang lahir pada 2 Mei 1901 dinobatkan sebagai manusia tertua pada April selepas Nabi Tajima yang berasal dari Pulau Kikai juga meninggal dunia pada usia 117 tahun.

Perkara itu turut dicatat dalam Rekod Dunia Guinness yang mengiktiraf gelaran yang disandangnya itu.

Ahli keluarga Miyako menggelarnya ‘dewi’ dan sentiasa mengenangnya sebagai seorang yang peramah dan penyabar semasa hayatnya.

Setakat ini, pemilik gelaran yang ditinggalkan Miyako belum dapat diputuskan lagi.

Sumber-  Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar