Siakap Keli

Pengguna Rokok Elektronik Kumpulan Terbesar Terdedah Dengan Kanser Mulut

Pengguna rokok eletronik atau ”vaping” menjadi kumpulan terbesar yang terdedah kepada risiko kanser mulut, sama seperti perokok biasa, menurut satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik Universiti California di Amerika Syarikat.

Malah menurut kajian tersebut, pengguna rokok elektronik atau ”smokeless tobacco devices” dikesan mempunyai kandungan tinggi bahan kimia bersifat karsinogen di dalam badan yang diakitkan dengan kanser mulut dan kanser tekak, berbanding mereka yang menghisap rokok konvensional.

Rokok elektronik atau vape menjadi pilihan perokok-perokok ketika kerana mendakwa ia dapat membantu mengurangkan ketagihan mereka kepada rokok biasa, namun kajian yang dijalankan menunjukkan risiko penyakit tidak berbeza berbanding mereka menghisap rokok biasa walaupun mungkin ada yang berjaya mengurangkan ketagihan rokok sebelum ini.

Kesemua produk tembakau disahkan mengandungi bahan kimia nikotin, yang menyebabkan perokok mengalami rasa ketagihan dan sukar meninggalkan tabiat merokok.

Manakala di dalam sebatang rokok, kajian menunjukkan terdapat sekitar 7000 jenis bahan kimia antaranya tar, formaldehyde, dan karbon monoksida.

Walaupun bahan cecair yang digunakan dalam rokok elektronik atau vape mengandungi bahan kimia dengan jumlah yang lebih rendah, namun ia tidak menjadikannya lebih selamat. Malah kajian yang dibuat menunjukkan bahawa menghisap rokok elektronik atau vaping menunjukkan tanda-tanda sama atau lebih teruk daripada menghisap rokok biasa.

Ujian yang dibuat terhadap cecair rokok elektronik atau vape berjaya menemui kesan logam dan ia boleh dikaitkan dengan masalah kardiovaskular kepada pengamalnya.

Walaupun begitu, penyelidik masih bekerja untuk mencari bukti kukuh yang dapat mengesahkan penggunaan rokok elektronik dan vape benar-benar menjadi punca kepada beberapa penyakit kanser antaranya kanser paru-parut, mulut dan tekak.

Kajian yang dibuat oleh Universiti California itu mengambil sampel air kencing 49,000 orang rakyat Amerika yang merupakan penghisap rokok biasa, penghisap rokok elektronik dan vape serta mereka yang menghisap kedua-duanya sekali mendapati bahawa terdapat persamaan antara penghisap rokok biasa dengan penghisap rokok elektronik.

Malah, tanda TSNA (Tobacco-Specific Nitrosamines) iaitu kumpulan karsinogen dalam rokok yang ditemui dalam sampel perokok elektronik dan mereka yang menghisap kedua-dua jenis rokok didapati lebih tinggi berbanding perokok biasa.

Bagaimanapun kajian tersebut turut menemui beberapa berita baik buat pengguna rokok elektronik atau vape. Walaupun risiko kanser mulut menunjukkan tanda-tanda yang lebih tinggi, tetapi ia menunjukkan tanda-tanda yang lebih rendah untuk penyakit kanser paru-paru dan tekak.

Namun apa yang membimbangkan penyelidik ketika ini adalah fakta bahawa mereka mereka yang menjadi perokok elektronik dan vape, pada masa yang sama juga turut menjadi perokok biasa sekali gus terdedah dengan risiko lebih besar.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.