Siakap Keli

Perkhidmatan ‘Sewa’ Ketiak Untuk Iklan Di Jepun

Mungkin ini kedengaran janggal, namun sebuah agensi pengiklanan Jepun mula menjual iklan ketiak wanita jelita.

Difahamkan, sebuah klinik rawatan kecantikan telah menjadi pelanggan pertama agensi itu.

Syarikat pengiklanan Wakino yang diambil sempena perkataan “waki” yang bermaksud ketiak itu ditubuhkan pada awal tahun ini.

Laman web syarikat itu mempunyai pelbagai contoh gambar sampel iklan ketiak berbentuk empat segi, berwarna-warni dan berukuran antara dua hingga empat inci.

Harga iklan ketiak itu bernilai ¥10,000 (RM365) sejam.

Model yang digunakan untuk iklan tersebut mempamerkan ketiaknya sambil menggayutkan tangan pada pemegang yang disediakan dalam kereta api atau merenggangkan badan bagi menunjukkan bahagian ketiak mereka.

Gambar : Telegraph UK

Berdasarkan laporan dari Telegraph UK, Klinik Seishing Biyo menjadi antara yang terawal untuk mencuba ruang iklan yang luar dari kebiasaan itu dengan menggunakan ketiak model.

Agensi pengiklanan itu kini mencari lebih ramai model ketiak termasuk model lelaki.

Syarikat itu turut mengumumkan untuk menganjurkan pertandingan kecantikan untuk mencari ketiak tercantik di Jepun.

Bagaimanapun, kempen iklan pelik itu mungkin terpaksa direhatkan seketika apabila musim luruh tiba memandangkan golongan wanita akan menutup ketiak mereka tidak lama lagi.

Sumber : Telegraph UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.