Siakap Keli

(Video) Organ Badan Rosak, Wanita Maut Lepas Tertusuk Ekor Udang

Wanita berumur 60 tahun maut setelah mengalami kegagalan organ badan apabila tercucuk duri ekor udang di jari tengah sebelah kanan.

Menurut laporan media tempatan, selepas terkena tusukan itu, keesokkannya dia mengalami demam panas, jari dan badannya mula membengkak dengan teruk.  Dia kemudian dikejarkan ke hospital selepas ahli keluarga menyedari sesuatu yang tidak kena terhadap mangsa.

Dalam masa 10 hari rawatan, wanita tersebut meninggal dunia.  Pengarah Jabatan Kecemasan, Wang Yan Li yang merawat mangsa memberitahu bahawa wanita itu disyaki dijangkiti bakteria laut, Vibrio vulnificus.  Ia jarang berlaku, namun setelah dijangkiti kadar kematian melebihi 50% dalam masa 48 jam sahaja.

Bakteria ini sering dijumpai pada tiram, kerang dan udang.  Mereka yang mempunyai sistem imun rendah serta mengalami penyakit hati adalah antara yang berisiko tinggi.  Gejala penyakit ini termasuk demam dan menggigil, penurunan tekanan darah (kejutan septik), dan luka kulit yang meleleh.

Sumber: Apple Daily

Nur Farra