Siakap Keli

(Video) Trump Mungkin Dibenci, Tetapi Lelaki Ini Sembahnya Sebagai ‘Tuhan’

Di bahagian lain dunia, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mungkin antara individu yang paling dibenci khususnya oleh umat Islam disebabkab beberapa keputusan kontroversinya, namun ia cerita yang berbeza buat seorang lelaki di India ini.

Krishna, 30, sejak tiga tahun yang lalu, telah menjadikan Trump sebagai Tuhannya. Demi membuktikan taat setia, Krishna di khabarkan akan membawa gambar Trump ke mana sahaja di pergi dan melakukan ritual penyembahan terhadap imej tersebut beberapa kali sehari.

Malah, dia juga mencipta satu akaun khas di laman Facebook di mana dia berkongsi video dan gambar-gambar aktiviti hariannya ketika memuja pemimpin dunia tersebut di sebuah kuil di kampungnya, Konne di Telengana.

Krishna mendedahkan dia mula menganggap Trump sebagai Tuhan setelah dia merasa kagum dengan kempen ”Make America Great” ketika Trump bertanding dalam pemilihan Presiden AS. Ketika ditanya sama ada tindakannya menjadikan Trump sebahagian daripada Tuhan yang disembahnya membantu kemenangan Presiden itu, Krishna hanya menjawab dia tidak tahu.

”Keluarga dan orang kampung memanggil saya sebagai orang gila. Malah mereka turut menyarankan saya untuk berjumpa dengan ahli psikologi. Saya hanya menjawab ”Tidak perlu, kamu yang patut berjumpa” kerana dia (Trump) adalah Tuhan saya dan saya tidak kisah dengan apa orang lain mahu katakan,” katanya kepada media Australia.

Selain menyembah Trump, Krishna turut membuat jamuan kepada Trump dengan menyediakan rempah ratus, kunyit dan bunga. Setiap kali tamat sesi sembahyangnya, Krishna akan melakukan ritual ”aarti”kepada gambar tersebut, iaitu menyalakan lilin dan meletakkannya di depan imej Trump.

”Saya memuja Trump sama seperti memuja Tuhan kami,” kata Krishna lagi yang tidak boleh berpisah dengan imej Trump tersebut.

Bagaimanapun, amalan yang dilakukannya telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan masyarakat sekeliling. Malah, ibu bapanya yang mula bosan dengan Krishna kemudian bertindak keluar daripada rumah mereka.

Menurut laporan media tempatan, The Hindustan Times, memuja selebiriti dan ahli politik bukan perkara asing dalan masyarakat di India. Malah ada penduduk negara itu yang membina beberapa kuil khas untuk memuja Ketua Menteri, M.G.Ramachandran di daerah Tamil Nadu.

Selain itu, kuil khas juga dibina bagi menyembah Perdana Menteri India, Narendra Modi di negeri kelahiranyya, Rajkot di Gujarat. Bagaimanapun, ahli politik tersebut menuntut agar kuil itu dirobohkan.

Krisna ketika ini merancang untuk mendirikan sebuah tempat ibadah khusus untuk dia dan beberapa orang pengikutnya menyembah Trump.

Sumber : Newsweek

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.