Siakap Keli

Dikepung 12 Kapal Perang, Dipaksa Tanggal Pakaian Dan Ditutup Muka, Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman Ditahan Israel

Semalam kami ada berkongsi dengan anda mengenai nasib yang menimpa kru kapal flotila, Al-Wada yang dalam perjalanan ke Gaza untuk misi kemanusiaan telah ditahan dalam serbuan tentera rejim negara haram, Isreal pada 29 Julai.

Salah seorang kru yang ditahan adalah seorang aktivis kemanusian daripada Malaysia, Dr. Mohd Afandi Salleh di penjara Israel bagaimanapun telah dibebaskan dan selamat tiba di tanah air semalam.

Beliau turut berkongsi pengalamannya diatas kapal flotila tersebut selain apa yang perlu dilaluinya ketika ditahan oleh pihak berkuasa negara di Timur Tengah itu.

Ujar Dr. Afandi seperti yang dilaporkan oleh media tempatan memberitahu bahawa pihak tentera negara haram Israel tersebut telah menggunakan kekerasan dan menunjukkan sikap ‘takutnya’ apabila menggerakkan sebanyak 12 buah kapal perang untuk mengepung sebuah bot nelayan tidak bersenjata yang dalam perjalanan untuk misi kemanusiaan.

Katanya, mereka membuang semua alatan berbahaya seperti pisau dan garfu ke dalam air kerana merasakan nyawa mereka teracam dan boleh ditembak bila-bila masa sahaja.

Selain itu, media yang sama juga melaporkan bahawa kapal Al-Wada juga dipantau menggunakan dron daripada jauh ketika kapal tersebut dalam pelayaran menghampiri kawasan misi.

Dr. Afandi turut memberitahu media yang melaporkan kisah tersebut bahawa mereka kemudian dibawa oleh tentera Israel untuk menuju ke negara itu yang mengambil masa hampir lima jam. Mereka kemudian terkejut apabila mendapati ratusan tentera rejim sedang menunggu ketibaan mereka di sana.

Akhbar yang sama turut menjelaskan bahawa kesemua tahanan kemudian terpaksa melalui beberapa pemeriksaan yang ketat antaranya dipaksa menanggalkan kesemua pakaian sebelum muka mereka ditutup dan dibawa menaiki van untuk menuju ke sebuah penjara serta ditahan atas kesalahan memasuki Israel secara haram.

Akhabar tempatan itu turut melaporkan bahawa Dr. Afandi ada memberitahu bahawa Israel memaksa mereka menandatangani satu borang yang mengakui mereka menceroboh masuk negara itu secara haram, namun Dr. Afandi hanya berbuat demikian setelah keputusannya untuk mendapatkan nasihat peguam dipenuhi.

Selepas menandatangani borang tersebut, Dr. Afandi kemudian dibebaskan dan diiringi oleh seorang tentera dalam penerbangan menuju ke Bangkok, Thailand.

Ketika di Thailand, Dr. Afandi yang tidak mempunyai sebarang wang tunai dan telefon bimbit akibat dirampas tentera rejim bertuah kerana berselisih dengan seorang rakyat Malaysia di sana. Dengan bantuan rakyat Malaysia tersebut, Dr. Afandi kemudian berjaya menghubungi keluarganya di Malaysia untuk memaklumkan keadaannya.

Selain Dr. Afandi dari Malaysia , aktivis-aktivis lain yang turut ditahan oleh rejim Israel adalah berasal dari Norway, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.